1. Dekatkan diri dengan Allah
Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika kita jauh dengan Pencipta kita. Seorang anak akan rasa nyaman disamping orang tuanya. Jadi kita sebagai hamba sudah semestinya akan lebih nyaman dalam kehidupan ini jika dengan dengan Pencipta kita, bukan.
2. Bersyukur dengan apa yang ada.
setiap dari kita mempunyai rezeki dan sukatan keperluan yang berbeza. Mungkin dia perlukan RM10 untuk menjadikan harinya lebih baik. Tapi mungkin kita hanya memerlukan RM5 untuk menjadikan hari kita lebih baik. Adil bukan dinilai atas jumlah yang sama bagi kita semua. Tapi nilai yang mencukupi untuk kita walaupun ia berbeza antara satu dengan yang lain.
3. Sayangi diri kita dan insan lain.
Dunia ini tidak akan kita nikmati jika kita punya perasaan yang tidak membawa kepada kita untuk mencinta diri dan insan lain. Memang kita selalu berkata dan berfikir bahawa alangkah indahnya hidup ini tanda kongkongan atau kehadiran insan lain. Berapa lama kita insan yang biasa ini boleh hidup sendirian tanpa berinteraksi dengan orang lain?? Apa nikmatnya ketawa sendirian? bukankah lebih indah kalau ketawa bersama.