Dia sudah bebas dan disambut dengan kegembiraan ahli keluarganya, Tapi pada hari yang sama jugak, kita dikejutkan dengan kematian bayi yang ditikam bertubi-tubi oleh ibunya sendiri. Teori saya kenapa ibu ini menikam bayi sendiri adalah kerana dia meroyan. Tapi apapun biar pihak polis menyiasat kes ini agar kita jelas kenapa ibu ini menikam bayi sendiri.
Saya bukan mengulas tentang 2 kes diatas, cuma kebetulan kes itu dilaporan pada hari yang sama. Saya cuba bertanya kepada mereka di luar sana yang telah melakukan perbuatan seperti membuang bayi sehingga bayi berkenaan menemui ajalnya!
Saya cuba bertanya kepada mereka tentang beberapa perkara?
kalaulah anda seorang ibu yang bakal melahirkan seorang bayi comel; adakah anda akan,
1.Adalah anda akan membiarkan bayi anda mati setelah anda 9 bulan mengandungkannya?
2.Adakah anda akan membiarkan bayi anda mati setelah anda bertarung dengan kematian waktu melahirkannya?
3.Adakah anda akan membiarkan bayi anda mati setelah anda penat berulang alik kehospital untuk rawatan?
4.Adakah anda akan membiarkan bayi anda mati sekiranya itu adalah tanda cinta anda kepada bapa bayi berkenaan?
5.Adakah anda akan gembira sekiranya anda membuang bayi anda kerana dapat menutup aib?
6.Adakah anda tidak dihantui dengan kesalahan ini sepanjang hidup anda?
7.Adakah anda tidak rasa tertekan atau terganggu sekiranya bayi yang anda buang itu menjadi bahan berita dan anda sendiri membacanya.
8.Adakah anda akan terus melakukan perkara aib yang akan menjerumuskan diri anda untuk membuang bayi sekali lagi?
9. Adakah anda akan menginsafi dan memohon ampun dari Allah setelah anda melakukan perbuatan ini kerana hukuman Allah akan tetap ada di Akhirat nanti.
10. Adakah anda akan terus merahsiakan perbuatan anda ini seumur hidup anda?
No comments:
Post a Comment