Suatu masa dulu ada seorang lelaki yang memohon kepada Allah untuk mendapatkan bunga dan rama-rama. tetapi Allah telah memberikannya pokok kaktus dan ulat. Lelaki tersebut merasa sedih, dia tidak memahami kenapa permintaannya tidak dimakbulkan oleh Allah. Dia tidak berniat untuk mempersoalkannya.
Setelah beberapa lama, lelaki tersebut pun melihat kembali permintaannya dulu yang sudah agak lama dia lupakan. Dia sungguh terperanjat, kaktus yang hodoh tadi telah bertukar kepada bunga yang begitu cantik. Dan dari ulat yang menyakitkan mata telah bertukar kepada rama-rama yang begitu cantik.
Allah sentiasa melakukan perkara yang betul, cara-Nya adalah yang terbaik walaupun kelihatan seperti salah dan tidak betul.
Jika anda bermohon kepada Allah satu-satu perkara, tapi menerima perkara lain, percayalah, anda akan yakin bahawa apa yang diberikanNya adalah yang anda hajati pada masa yang sesuai nanti. Apa yang anda inginkan tidak sepertinya itulah yang anda perlukan. Allah tidak pernah gagal memenuhi permintaan kita. teruskan berhajat kepada-Nya tanda mempersoalkannya. Apa yang kita perolehi hari ini mungkin akan menjadi bunga di masa akan datang.
P.s - Jangan mengharapkan apa yang kita pohon itu akan kita dapat juga. Mungkin kita memohon untuk jadi kaya tapi tetap tidak kaya juga. mungkin itu ujian dari Allah kerana kita takut bila kita jadi kaya kelak, kita akan takbur dan melupakan Allah. Bukankah nanti balasannya menyeksakan.
No comments:
Post a Comment