Duit,
Kita berkerja berhempas pulas untuk mendapatkannya, tidak kiralah jika berkerja sendiri atau makan gaji. Biasa kita disajikan dengan tips bahawa duit yang kita perolehi tu kene bahagi 3. Hutang, Simpan dan Belanja. Dan semua orang setuju. Tapi bahagian mana yang menjadi no.1, 2 dan 3?
Kebanyakan dari kita biasa dengan dua pendekatan.
Yang Pertama
1. Bayar Hutang.
2. Belanja
3. Simpan.
Ramai yang mengikuti formula ini termasuklah diri saya. Tapi apabila difikirkan kembali, formula ini sebenarnya menyusahkan dan dalam banyak kes, tidak menyelesaikan masalah kewangan majoriti dikalangan kita. Mereka yang menggunakan formula ini, hampir kesemuanya gagal kerana step 3 biasanya tidak dapat dipenuhi. Bila keadaan kecemasan berlaku. duit simpanan tidak ada dan pilihan yang ada hanyalah membuat hutang lagi tidak kira dari sumber mana.
Yang kedua
1. Simpan
2. Bayar Hutang
3. Belanja
Formula ini dikatakan yang paling sesuai kerana sebelum menggunakan wang untuk mana2 tujuan, kite telah menyimpan sebahagian pendapatan kite tadi untuk kegunaan dimasa kecemasan. Saya percaya mereka yang menggunakan formula ini lebih tenang menghadapi apa2 kesulitan dalam hidup mereka terutama yang melibatkan perbelanjaan kecemasan seperti bil2 hospital dan kecemasan lain.
Formula mana yang anda rasakan betul....dan yang mana anda rasakan sesuai untuk anda. Ataupun, sebenarnya anda tidak menyusun kewangan anda..
Renung-renungkan....................
No comments:
Post a Comment