Aku boleh katakan bahawa aku mula merasa cinta itu sejak aku sekolah rendah lagi. Seorang gadis aku mula suka sehingga aku asyik teringatnya siang dan malam, dan pada waktu malamlah angauku kian parah.
Lucukan.
Apabila meningkat dewasa, cinta yang benar-benar aku rasakan cinta sejati adalah apabila hati ini terpaut dengan seorang ganis yang begitu ayu pada pandangan mataku. Masa itu aku dah pun form 6.
Cinta di zaman sekolah berapa kerat sangatlah yang kekal dan benar-benar serius. Aku bercinta dan putus juga akhirnya.Tahun itu adalah tahun 1996/97. Tidak indah sangat cinta ini kerana aku dan dia malu-malu kucing untuk bertemu dan berbicara.
Masuk zaman universiti, pernah juga mengurat tapi tidak berjaya. so, apabila tamat pengajian dan mula berkerja, memang sentiasa sangat nak mencari pasangan, Kerja dekat hotel nie banyak dugaannya seperti setiap beberapa bulan je, ada pelajar-pelajar U or kolej wat industrial training, Kami permanent staff nie, apa lagi, nguratlah,huhuhuhu
Tapi hati tetap rasa kosong, Saya sentiasa teringatkan cinta saya kepadanya waktu form 6 dulu. Handphone waktu tue hanyalah beberapa kerat yang ada dan yang paling popular Nokia 3310. dan kalau ada phone Nokia 8210. anda lah yang terhebat. Try macam-macam and suddenly, saya dapat mesej dari dia. Dia tidak lah terus bagitau nama dia. kami berSMS untuk jangka masa yang tidak panjang sangat sehinggalah dia memberitahu namanya. Dunia ini milik saya rasanya. Dan dari detik itu sehinggalah kini, kami bahagia dan bertambah bahagia kerana kini ditemani dua orang puteri dan yang lagi best tue, kini menunggu insan yang k-5 dalam keluarga ini, mungkin boy,mungkin girl. tapi tidak pernah menjadi masalah. harap-harap dia sihat dan sempurna. Amin.
Cintakan kita ini adalah cinta atas kertas sehinggalah kita disatukan dalam satu ikatan perkahwinan yang sah sayangku. Kenapa atas kertas????
next time ye.