Wednesday, September 26, 2012

Hutang

Dah lama sangat dah rasanya diri ini dibelenggu oleh hutang. Hinggakan ada masanya tidak mampu nak hadapi lagi. Dan ada waktu2nya aku bole bermimpi yang aku telah bebas dari belenggu hutang ini.

Setelah berfikir dan terus berfikir, aku dapat satu kesimpulan yang cara aku menyelesaikan hutang ini adalah salah. Aku sebenarnya mengamalkan kaedah yang dipanggil :Gali Lubang Tutup Lubang" dan no wonder lah sehingga kini hutang yang mengelilingi pinggangku ini tidak pernah langsai. Huhuhuhuu

Dalam Islam ada pendekatannya untuk menyelesaikan hutang ini. Dan yang paling utama adalah:

:- Mendekatkan diri kepada Allah. jangan lupa solat dan berdoa. Usaha kene sentiasa ada.

:- Solat sunat Dhula. Pembuka rezeki.

:-Kerja dengan bersungguh2,rajin dan amanah. Perangai kita yang kerap curi tulang tidak akan membantu kita menyelesaikan hutang walaupun gaji tetap diterima setiap hujung bulan. Semua ini kerana tiada keberkatan.

Banyak lagilah cara-cara untuk menyelesaikan hutang ini dalam Islam. Kena rajin bertanya dan belajar. 

Mungkin mulai saat ini, saya kena berubah untuk menyelesaikan hutang ini. Hutang tidak akan selesai jika membayarnya dengan hutang. Ya Allah, Beri kekuatan dan jalan yang terang untukku membebaskan diri dari belenggu hutang yang melalaikan ini. Tidak sanggup lagi merasa bebanan ini. Keluarga kian besar, anak2 kian meningkat dewasa. Aku tidak mahu mereka merasa susah hanya kerana kesilapan berhutang ini.



No comments:

Post a Comment

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...