Sebelum ini saya ada entry bertajuk Hospital kerajaan. Bukan nak perlekehkan mereka yang berkerja di klinik or hospital tapi sedikit pengalaman untuk dijadikan sempadan. Istri saya mendapat rawatan dan ubat yang salah hinggakan sakitnya bukan berkurangan tapi bertambah sakit. Mujur istri saya sudah sembuh tanpa ada kesan lain.
Hari ini bila saya nak mula berkerja, saya ternampak tajuk utama suratkhabar Borneo Post yang memceritakan tentang kematian seorang pelatih PLKN kerana diberi salah ubat. Mengucap panjang saya. Mungkin ajal pelatih ini sudah sampai. Tapi kenapa pengawai perubatan memberi painkillers kepadanya yang hanya demam. Persoalan lain yang ditimbulkan adalah, kenapa seorang pengawai perubatan menerima arahan dari doktor melalui telepon. Tapi bagi saya ini bukanlah sesuatu yang baru kerana saya sendiri ada mengalaminya apabila pengawai perubatan yang merawat saya merujuk kepada doktor melalui telepon, saya sakit telinga waktu itu dan ia mengambil masa berbulan juga untuk sembuh. Ramai antara kita pergi ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan kerana murah iaitu hanya RM1. Tapi dengan kes ini, saya makin takut untuk mendapatkan rawatan. Kita semua sudah berada dalam dilema.Ke Klinik swasta, caj yang dikenakan terlalu tinggi. ke klinik kerajaan takut kes seperti ini berulang.
Apa kata korang baca keratan akhbar di bawah ni:
Tuesday, February 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)
1. Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...
-
Salam, Kita selalu sangat denger berita artis kita, tapi mesti tidak ramai sangat yang kenal artis adik beradikkan...Saya pun tak tau sang...
-
Kemajuan dalam pembikinan kereta tidak akan berhenti selagi manusia masih berada di atas muka bumi ini. Kemajuaan agak drastik sehinggakan ...
-
Mesti korang masih ingatkan dram Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3 dulu, meletup-letup drama tue, saya memang ada tertinggal beberapa...
No comments:
Post a Comment