Assalammualaikum.....
Bila anda baca tajuk post nie, jangan ler terkejut ya. Saya cuma mau kongsi pengalaman dengan anda semua tentang apa yang berlaku kepada isteri dan anak saya yang saya bawa ke hospital kerajaan baru-baru ini.
ceritanya begini,
Istri saya mengadu sakit cirit birit dan saya bawa dia ke hospital kerajaan di daerah istri saya, pada 31/12/10 untuk mendapat rawatan, Pembantu Perubatan yang memeriksa isteri saya kerana sudah jadi kebiasaan apabila anda ke hospital kerajaan memang sukar berjumpa doktor. Dia membuat pemeriksaan agak lama juga keatas isteri saya dan dia mengatakan istri saya mungkin terkena jangkitan kuman. Dia pun beri ler berberapa jenis ubat dan juga air garam. tapi isteri saya tidak sembuh jugak malah anak sulung saya turut sakit. Saya pun bawa mereka sekali lagi ke hospital yang berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada 2/1/2011. kali ini hanya pemeriksaan yang begitu simple dan hanya beberapa minit je. Dah menunggu lama walaupun pesakit pada waktu itu hanya 4 orang termasuk isteri saya. Siap boleh buat marathon keliling hospital lagi, itupun tak kena panggil lagi. Dia hanya cakap masuk angin dan beri air garam yang sama jugak.. ORS tue. begitu juga anak saya.
Hari ini 4/1/2011, sakit anak saya bertambah teruk pulak, isteri saya masih sakit-sakit lagi tapi dia nak bawa jugak anak jumpa doktor kerana anak kecil manalah tahan dengan sakit berbanding orang besar, antibodi pun bukan kuat sangat nak lawan penyakit macam orang dewasa. Kali ini bawa ke klinik kesihatan kawasan di daerah yang berhampiran jugak. Apabila isteri saya berjumpa doktor dan menerangkan sakit yang dia alami ngan anak saya, doktor buat pemeriksaan dan dia mengatakan bahawa istri saya mendapat rawatan yang salah. Astagfirullahalazim.....setelah mendapat rawatan doktor, istri saya pun disuruh mengambil ubat di farmasi dan ketika nak dapatkan ubat tue, istri saya agak was-was dengan ubat yang diberikan. Dia pun bertanya adakah ubat yang diberikan itu tidak mempengaruhi penyusuan anak-anak kerana kedua-dua anak saya masih breastfeeding. Pekerja berkenaan pun tidak tahu nak jawab apa dan dia kata dia nak rujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Alangkah terkejutnya isteri saya kerana ubat yang diberikan oleh pekerja farmasi berkenaan adalah salah. nasib isteri saya bertanya dulu sebelum mengambil ubat-ubatan berkenaan. Sudah tentu doktor itu marah kerana ubat yang dibekalkan adalah salah dan ia boleh membahayakan anak-anak kerana mereka masih menyusu dengan ibu mereka. Kenapa semua ini terjadi, adakah ubat-ubat yang kita perolehi dari klinik kerajaan adalah ubat yang sepatutnya.
selepas ini, lebih-lebih lagi ibu-ibu yang menyusukan anak-anak, pastikan ubat yang anda perolehi benar-bnar ubat yang boleh anda makan or minum kerana ubat yang telah masuk ke dalam badan anda akan turut diambil oleh anak anda melalui proses penyusuan, bayangkan jika ubat adalah salah dan masuk ke badan anak-anak anda, bukankah risikonya begitu besar kepada anak-anak kecil yang tidak tahu apa. Dan lebih parah lagi anak-anak kita mengalami kesakitan atas kesilapan orang lain. fikir-fikirkan. Ubat yang diperolehi oleh anak saya dari hospital pertama tadi diarahkan oleh doktor yang merawat tadi untuk dibuang kerana ia tidak sesuai untuk dimakan oleh anak kecil...........kenapa mereka bagi ubat sedangkan anak kecil sepatutnya tidak mampu untuk mengambil ubat-ubatan atas ketidak upayaan mereka mencerna ubat-ubat ini yang kebanyakkannya mengandungi dadah. Tidakkah Pembantu Perubatan yang dilantik mengetahui semua ini. Inilah pengajaran pertama dan paling berharga untuk keluarga saya pada tahun 2011 ini. Jangan hanya kerana ingin membayar murah RM1 kita tidak berhati-hati dengan ubat yang mungkin tersilap diberikan kepada kita oleh pekerja farmasi di klinik2 kerajaan.
NASIHAT SAYA KEPADA DIRI SAYA DAN SEMUA KAWAN-KAWAN DI LUAR SANA, PASTIKAN ANDA BERTANYA DULU TENTANG UBAT-UBAT YANG DIBEKALKAN KEPADA ANDA UNTUK MENGELAKKAN ANDA DAN ANAK ANDA PENDAPAT UBAT YANG SALAH.
MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...
selamat tahun baru semua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)
1. Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...
-
Salam, Kita selalu sangat denger berita artis kita, tapi mesti tidak ramai sangat yang kenal artis adik beradikkan...Saya pun tak tau sang...
-
Kemajuan dalam pembikinan kereta tidak akan berhenti selagi manusia masih berada di atas muka bumi ini. Kemajuaan agak drastik sehinggakan ...
-
Mesti korang masih ingatkan dram Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3 dulu, meletup-letup drama tue, saya memang ada tertinggal beberapa...
No comments:
Post a Comment