Monday, February 28, 2011

Anak gadis dan bulan

Biasanya di BULAN february,  akan ada pasangan ingin melihat BULAN mengambang.
Si lelaki akan mengajak di gadis keluar malam untuk melihat BULAN.
Setelah beberpa BULAN,
si gadis pulak sudah tidak datang BULAN lagi.
nampak macam tiada apa-apa je. tapi ini ler yang berlaku dizaman sekarang ini dikalangan pemuda pemudi kita.
Dan hakikatnya kita dewasa ini hampir setiap hari disajikan dengan berita-berita dan gambar-gambar seperti di bawah ini.














Post ini saya buat bukan saya nak bermain-main dengan isu ini, ini isu kemanusian dan bagaimana kita nanti di masa akan datang apabila semua dosa ini diperhitungkan?
Ku harap ini tidak akan berlaku dan berulang, kerana azab Ilahi itu amat tidak tertanggung oleh kita sebagai hambanya.

Friday, February 25, 2011

Tanda tanda nak mati

Hidup dan mati itu terlalu dekat hinggakan jaraknya adalah seperti jari telunjuk dan jari tengah.

100 Hari
-Seluruh badan terasa bergetar.

60 Hari
-Pusat rasa bergetar-getar

40 Hari
-Daun dengan nama orang yang akan mati di Arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiaannya.  kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari
-Akan mengidam makanan

5 hari
-Anak lidah akan bergerak-gerak

3 hari
-Bahagian tengah dahi akan bergerak-gerak.

2 hari
-Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 Hari
-Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu Subuh dan Asar.

Saat akhir
-Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi(bahagian belakang badan)

sebagai pengetahuan.

Kredit: K.Ida

Thursday, February 24, 2011

Perempuan dan kereta

Stigma kebanyakkan kita adalah wanita itu lemah atau kurang sedikit dibandingkan dengan lelaki.  Saya tidak kata statement ini 100% betul.  Tapi cuba tengok video kat bawah nie...mungkin pemikiran anda akan berubah tentang wanita yang memandu kereta.
 

Mutiara sabah

Bila disebut tentang negeri Sabah, Ramai diantara kita yang akan terbayangkan Gunung Kinabalu.  Sebenarnya selain daripada itu, sabah jugak terkenal dengan Mutiaranya. Apa yang menarik tentang mutiara sabah ini.  saya hanya boleh katakan 2 ciri:

1. Asli
2. Murah.

Saya teringin nak berkongsi tentang mutiara sabah ini
apabila saya terbaca artikel tentang mutiara ini dalah sebuah akhbar tempatan Sabah (Sabah Times) bertarikh 24 Feb 2011 seperti di bawah ini.



Saya tidak nafikan memang ramai wanita Semenanjung yang menggilai Mutiara ini, kenapa saya berkata sedemikian, kerana saya sendiri pernah menjadi penjual mutiara ini secara sambilan sewaktu berkerja di semenanjung dulu.  Boleh lah dapat 4 angka kalau di kumpul semuanya, tapi biasa ler, bila kita menjual dikalangan kawan-kawan sekerja, semua bayar ansuran. hehehe.  Kalau kawan-kawan nak saya belikan lagi, just inform me. Pasar Pilipin tempat menjual mutiara ini hanyalah beberapa langkah dari tempat kerja saya.

Bagi mereka yang tidak mengetahui bagaimana mutiara dan kristal ini, layan gambar-gambar di bawah ini yang banyak berlegar-legar di internet kalau rajin mencari. Saya masih ingin menjadi penjual mutiara dan kristal ini secara sambilan. Sapa-sapa nak order, ler inform saya..










Tuesday, February 22, 2011

Dihari perbalasan

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu.
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan? Di sini tidak ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat. Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yang memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium." Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang mengisap." Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas." Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan." "Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu, ucap malaikat.
Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka
Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:

"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

MENGENAI WANITA & KUBUR


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepadaRasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkanmanak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI :

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran..
2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima
Jenis Racun dan Lima
Penawarnya;

1. Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.

Terima Kasih Ct Rosma

Tuesday, February 15, 2011

Lagi kes nie

Sebelum ini saya ada entry bertajuk Hospital kerajaan.  Bukan nak perlekehkan mereka yang berkerja di klinik or hospital tapi sedikit pengalaman untuk dijadikan sempadan.  Istri saya mendapat rawatan dan ubat yang salah hinggakan sakitnya bukan berkurangan tapi bertambah sakit.  Mujur istri saya sudah sembuh tanpa ada kesan lain.
Hari ini bila saya nak mula berkerja, saya ternampak tajuk utama suratkhabar Borneo Post yang memceritakan tentang kematian seorang pelatih PLKN kerana diberi salah ubat.  Mengucap panjang saya. Mungkin ajal pelatih ini sudah sampai.  Tapi kenapa pengawai perubatan memberi painkillers kepadanya yang hanya demam.  Persoalan lain yang ditimbulkan adalah, kenapa seorang pengawai perubatan menerima arahan dari doktor melalui telepon.  Tapi bagi saya ini bukanlah sesuatu yang baru kerana saya sendiri ada mengalaminya apabila pengawai perubatan yang merawat saya merujuk kepada doktor melalui telepon, saya sakit telinga waktu itu dan ia mengambil masa berbulan juga untuk sembuh. Ramai antara kita pergi ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan kerana murah iaitu hanya RM1. Tapi dengan kes ini, saya makin takut untuk mendapatkan rawatan. Kita semua sudah berada dalam dilema.Ke Klinik swasta, caj yang dikenakan terlalu tinggi. ke klinik kerajaan takut kes seperti ini berulang.

Apa kata korang baca keratan akhbar di bawah ni:

Tolong

Saya nak minta pandangan dan petua dari kawan-kawan semua berkenaan dengan penyakit ruam dalam mulut.  isteri saya terkena penyakit ini dan ia menjangkiti mulut, lidah dan dalam lehernya.  dia berada dalam kesakitan dan kesukaran untuk makan dan bercakap. Keadaan mulut dia adalah seperti gambar di bawah ni.


Sunday, February 13, 2011

Sharifah Sofea

Dia memang bagi saya seorang pelakon yang berbakat dan cantik.  Adalah minat sikit dengan dia nie, lebih-lebih lagi bila tengok cerite Nur kasih tue.....Tapi bila dah seorang pelakon tue, yang kita nampak tue tidak semestinya itu ler peribadi sebenar dia.  Cuma tengok picture dekat bawah nie:

Dalam islam, kita sudah mengetahui yang anjing itu haram untuk dipegang.  Memang boleh disucikan dengan menyamak.  tapi kalau boleh jangan ler dipegang binatang ini. Lagi-lagi bermain2 pulak dengan binatang ini. Kalau anda masih  tidak puas  lagi dengan gambar artis ini, cuba terjah kat sini pulak sharifah-sofia-pertikai-valentine-day-haram/ .  

kredit kepada: Azizwan yang hensem 

Monday, February 7, 2011

kawan

kata emak,
kawan tu umpama lebah
habis manu sepah dibuang.

Kata Abah
kawan tu ibarat bunga ros
dipandang cantik,dipegang sakit.

Kata atuk
Kawan itu seperti air
terus mengalir

Kata nenek
kawan itu bak bulan
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana.

Kata saudara
kawan tu macam makanan
kawan makan kawan.

kata abang
kawan tu umpama lembu
mengikut je apa kita kata.

kata kakak
Kawan umpama durian
Bau je busuk tapi sedap dimakan.

Kata adik
kawan tu macam biskut
sekejap ade sekejap xada

kata aku
kawan akan terus jadi kawan tak kisah ler umpama apa.
kerana aku yang menerimanya sebagai kawan.


kredit: yang punya asal post nie.

The butterfly and the flower

Suatu masa dulu ada seorang lelaki yang memohon kepada Allah untuk mendapatkan bunga dan rama-rama.  tetapi Allah telah memberikannya pokok kaktus dan ulat.  Lelaki tersebut merasa sedih, dia tidak memahami kenapa permintaannya tidak dimakbulkan oleh Allah. Dia tidak berniat untuk mempersoalkannya.  
Setelah beberapa lama, lelaki tersebut pun melihat kembali permintaannya dulu yang sudah agak lama dia lupakan.  Dia sungguh terperanjat, kaktus yang hodoh tadi telah bertukar kepada bunga yang begitu cantik. Dan dari ulat yang menyakitkan mata telah bertukar kepada rama-rama yang begitu cantik.
Allah sentiasa melakukan perkara yang betul, cara-Nya adalah yang terbaik walaupun kelihatan seperti salah dan tidak betul.
Jika anda bermohon kepada Allah satu-satu perkara, tapi menerima perkara lain, percayalah, anda akan yakin bahawa apa yang diberikanNya adalah yang anda hajati pada masa yang sesuai nanti.  Apa yang anda inginkan tidak sepertinya itulah yang anda perlukan.  Allah tidak pernah gagal memenuhi permintaan kita. teruskan berhajat kepada-Nya tanda mempersoalkannya. Apa yang kita perolehi hari ini mungkin akan menjadi bunga di masa akan datang.

P.s -  Jangan mengharapkan apa yang kita pohon itu akan kita dapat juga. Mungkin kita memohon untuk jadi kaya tapi tetap tidak kaya juga.  mungkin itu ujian dari Allah kerana kita takut bila kita jadi kaya kelak, kita akan takbur dan melupakan Allah. Bukankah nanti balasannya menyeksakan.

Tuesday, February 1, 2011

Budak kecil...salah orang besar ke?














Bila dah besar start ler jadi macam kat bawah nie.....




tanda tanda kecil kiamat sudah habis....

Sebagai Peringatan kepada semua.


Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar) 

“Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya) , tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
 




Banyaknya berlaku gempa bumi 




Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam 


“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja , putera-puteri Parsi dan Rom , maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi , Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
 




Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang) 
Lihat pakcik islam tu 



Berkurangnya sifat amanah 



Akan terdapat ramai anak luar nikah. 




Orang akan melakukan homoseksual 




Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi
 




Akan terdapat banya pengkritik , pembawa-cerita , penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat. 


Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda 


“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
 




Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan) 

“Banyaknya sifat bohong , pendeknya waktu , dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari 





Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai


“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim 




Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar 


“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad 



Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita 


“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya , kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
 





Bulan sabit kelihatan besar 


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 






Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
 





Menghias masjid dan membanggakannya 


“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai 


Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik 





Bermaharajalela alat muzik 


“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh , rusuhan dan perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
 




Penaklukan Baitulmuqaddis


“Dari Auf b. Malik r.a. , katanya , "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya , iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari


lps2 nie tggu tnda2 besar kiamat plak

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...