Friday, January 20, 2017

Sunyinya disini

ku bercerita bukan tentang perasaan dan cinta.  Ku bercerita tentang hari-hari yang jauhnya diri ini dari Pencipta.  Bagi diriku yang tiada apa-apa ini, nikmatnya langsung tiada.  Jadi aku sentiasa ini tahu apa perasaan mereka yang punya segalanya?
BAHAGIA ke kita apabila jauh dari-Nya

Terlalaikah kita dengan dunia dan hanya memikirkan apa yang boleh kita lakukan untuk esok.  Takut hanya perasaan yang melintas laju dibenak kita.  Kita terlalu taksub dengan bagaimana hidup kita. Kita terlalu fobia dengan duit-duit kertas yang nilainya makin sedikit hari demi hari.

Sedikit demi sedikit perasaan ini terusik dengan nilai hidup yang kian luruh pengertiannya.. Hari-hari minta ini dihemparkan dengan cerita tentang dunia yang makin tua dan menuju penghujungnya.  Tapi hati ini ragu dan was-was untuk menuju kebaikan hanya kerana tembok hati yang tidak pernah dibersihkan dengan amalan-amalan yang mendekatkan dengan-Nya

Ku bertanya pada hati.
Inikah hidup yang aku ingin miliki dan nikmati.
Aku ingin ketenangan untuk hidup kini dan kehidupan selepas dunia fana ini.

Ya Allah.
Ampuni dosa hambaMu ini.


Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...