Monday, January 31, 2011

Rezeki


YANG PATUT DIKETAHUI TENTANG REZEKI

Apa yang patut kita ketahui berkaitan dengan rezeki bolehlah dirangkumkan kepada 6 perkara iaitu 

(1) Bahawa Allah pemberi rezeki kepada makhlukNya 
(2) Allah membahagi rezeki di dalam kehidupan 
(3) Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya 
(4) Allah perintahkan agar manusia berusaha mencari rezeki 
(5) Allah mengajarkan jalan-jalan mencari rezeki 
(6) Allah adalah pusat permohonan rezeki.

Mafhum firman Allah: "(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji." (Surah Fatir 035:15).


Bayi yang tidak berdosa

Sebelum ini saya ada post entry bayi oh bayi yang merujuk kepada pembuangan dan pembunuhan bayi oleh kebanyakan muda mudi kita, dan kita faham mereka ini kebanyakkannya adalah mereka yang terlanjur.
Kalau dah terlanjur minta ampun ler dari Allah.  Dah ler buat dosa berzina, ditambah lagi dosa membunuh....korang rasa berapa berat dan besar dosa mereka ini kerana melakukan dosa dalam ketegori besar.

Berzina-Dosa besar
Membunuh-Dosa besar.

Orang yang berzina kerana nafsu mereka, mendapat keseronokan, pastu dapat tau mengandung,tak dapat digugurkan hinggalah bersalin...bayi kecil yang putih mulus, dibuang dengan niat agar bayi itu mati.....bukankah lebih kejam dari binatang.....Korang rasalah mereka ini diletakkan di Nereka tingkat mana?  Saya geram dan marah sangat bila ada kes pembunuhan bayi ni....lebih-lebih lagi kalau dapat lihat gambar macam dibawah nie....tidak tau geram ini lepas kat siapa...kalau tau emak bayi ni....sah-sah aku maki.


Thank to : rakan fb Azmi mahmud.

Friday, January 28, 2011

Air tangan orang yang tidak solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.


Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
"kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah
nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat
Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi keatas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum
  air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan
  menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?


Tapi lain pula halnya dengan kita ni.. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.


Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat

kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan
lain memadai diutus melalui Jibril as.



Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali
(dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir
& batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang
di neraca Mizan kelak.



Kredit kepada:Mass1277

Thursday, January 27, 2011

Kereta dan pemiliknya

Salam,

Bila anda nampak kereta dijalan raya, adakah anda akan boleh agak siapa pemiliknya? hehehe....
Saya tidak cakap ciri-ciri pemilik kereta iitu, sebenarnya yang saya nak kongsikan ialah sama ada pemilik kereta itu lelaki atau perempuan.

Cuba anda teka siapa pemilik kerena dibawah ini?
1. Kereta warna pink?
2. Banyak aksesori bunga?
3.Banyak aksesori teddy bear yang kiut miut?
4.Ada sticker watak kartun seperti bugs bunny dan kawan2nya?
5.kereta saiz kecil dan warna gurlie?
5. Hilux

kebanyakkan ciri kereta diatas adalah milik pempuan walaupun mungkin ada sedikit lelaki yang suka ciri itu. yang hilux tue biasa dimiliki lelaki kerana lasak.
Sebenarnya niat saya untuk bertanya seperti diatas adalah kerana ingin menasihati kaum-kaum pempuan yang suka sangat menghias kereta mereka, sebenarnya ia amat merbahaya kerana anda akan menjadi target pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti pencuri kereta, perogol,perompak.....kenapa?
Dengan ciri-ciri kereta seperti diatas, penjahat-penjahat ini tidak perlu untuk mengintip siapa pemilik kereta tersebut kerana automatik mereka akan tau bahawa perempuan adalah pemilik kereta tersebut dan senang bagi mereka membuat perkara jahat mereka,  Semua orang faham wanita itu lemah walaupun ada juga yang mampu mempertahankan diri dari penjahat-penjahat ini.  betul tak?

Bila anda tengok kereta dibawah ini, anda akan yakin 99.9% kereta ini dimiliki oleh kaum perempuan.






Tapi kalau kereta macam dibawah ini, mesti lelaki yang memilikinyakan....



Kredit picture kepada: Cari.com, ubikentangsofa.com dan pelanginazura.blogspot.com

makna al-fatihah



A'uzubillahiminasyaitonirrojim -Ya Allah, aku berlindung dgn mu dari syaitan yg direjam


1) Bismilllahirrohmanirrohim
    Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih


2) Alhamdulillah hirobbila'lamin..
SEGALA PUJI TERTENTU BAGI ALLAH TUHAN YANG MEMELIHARA DAN MENTADBIR SEKALIAN ALAM


3) Arrohmanirrohim..
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI


4) Malikiyaumiddin..
YANG MENGUASAI PEMERINTAHAN HARI PEMBALASAN


5) Iyyakana'buduwaiiyakanasta i'n..
ENGKAU LAH SAHAJA YA ALLAH TUHAN YG KAMI SEMBAH DAN PADA ENGKAU SAHAJALAH KAMI MEMOHON PERTOLONGAN


6) Ihdinassirotolmustaqim..
TUNJUKKAN LAH KAMI KE JALAN YG LURUS


7)Sirotollazinaana'mtaa'laihim, ghroirilmargdubia'laihimwalauddollin..
IAITU JALAN ORG2 YG ENGKAU TELAH KURNIAKAN NIKMAT KEPADA MEREKA, BUKAN JALAN ORG2 YG ENGKAU MURKAI DAN BUKAN PULA JLN ORG2 YG SESAT


Amin..


p/s; note a' dan i'=huruf ain
 :memahami makna al-fatihah dalam solat dapat membantu kita khusyuk dlm solat dan apabila khusyuk dpt dicapai,kita akan lebih paham akan pentingya solat dan apabila solat dapat dijaga,insya-Allah dpt mencegah kita dari melakukan perkara keji dan mungkar insya-Allah.1 tip, semasa sujud yg terakhir,selepas bacaan sujud,tlg doa pd Allah SWT moga solat kita ini dpt mencegah kita dari melakukan perkara keji dan mungkar.Sila amalkan setiap solat.Waallahualam


Kredit kepada: Ct Rosma

Wednesday, January 26, 2011

Aurat : Apa Sudah Jadi ?


Oleh 
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman 
www.zaharuddin.net 
  
Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :- 
  
'Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?' 
  
Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.   
' Untuk nampak cantik ustaz...' katanya sambil tersenyum malu. 
  
Saya bertanya pula : 'Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?' 

  
'Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga..' sambungnya. 
  
'Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?' Tanya saya menguji.   

' Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira 'sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz' dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.   

'Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?' Tambah saya. 
  
' Erm, macam mana tu ustaz?' Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi. 
  'Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal' ..'Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya' 
  
' Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan 'fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga' Tambah saya lagi memberi keyakinan. 
  

'Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar' 
  
'Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan' Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini. 
  
Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati
baginda SAW?. 

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT 
  
Ketika ini, saya mengambil masa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong ke Jalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang ini akan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :- 

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. 

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek. 

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya. 

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'. 

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya. 

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. 

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung. 

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. 

Wa'Allahualam..

Mari kita renungkan bersama

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s 

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan... 

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.... 

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.. 

 Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar post ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain





Kredit: Ct Rosma untuk ilmu ini

Bayi oh Bayi

Mesti korang ada baca berita di Harian Metro bertarikh 26/1/2011 yang memaparkan pembebasan seorang bekas pekerja kilang dari hukuman kerana membunuh bayi yang baru dilahirkannya di Bayan Lepas dua tahun dulu. 
Dia sudah bebas dan disambut dengan kegembiraan ahli keluarganya, Tapi pada hari yang sama jugak, kita dikejutkan dengan kematian bayi yang ditikam bertubi-tubi oleh ibunya sendiri.  Teori saya kenapa ibu ini menikam bayi sendiri adalah kerana dia meroyan.  Tapi apapun biar pihak polis menyiasat kes ini agar kita jelas kenapa ibu ini menikam bayi sendiri.
Saya bukan mengulas tentang 2 kes diatas, cuma kebetulan kes itu dilaporan pada hari yang sama.  Saya cuba bertanya kepada mereka di luar sana yang telah melakukan perbuatan seperti membuang bayi sehingga bayi berkenaan menemui ajalnya!

Saya cuba bertanya kepada mereka tentang beberapa perkara?
kalaulah anda seorang ibu yang bakal melahirkan seorang bayi comel; adakah anda akan,
1.Adalah anda akan membiarkan bayi anda mati setelah anda 9 bulan mengandungkannya?
2.Adakah anda akan membiarkan bayi anda mati setelah anda bertarung dengan kematian waktu melahirkannya?
3.Adakah anda akan membiarkan bayi anda mati setelah anda penat berulang alik kehospital untuk rawatan?
4.Adakah anda akan membiarkan bayi anda mati sekiranya itu adalah tanda cinta anda kepada bapa bayi berkenaan?
5.Adakah anda akan gembira sekiranya anda membuang bayi anda kerana dapat menutup aib?
6.Adakah anda tidak dihantui dengan kesalahan ini sepanjang hidup anda?
7.Adakah anda tidak rasa tertekan atau terganggu sekiranya bayi yang anda buang itu menjadi bahan berita dan anda sendiri membacanya.
8.Adakah anda akan terus melakukan perkara aib yang akan menjerumuskan diri anda untuk membuang bayi sekali lagi?
9. Adakah anda akan menginsafi dan memohon ampun dari Allah setelah anda melakukan perbuatan ini kerana hukuman Allah akan tetap ada di Akhirat nanti.
10. Adakah anda akan terus merahsiakan perbuatan anda ini seumur hidup anda?

Tuesday, January 25, 2011

Nur Kasih (Tiz Zaqyah) dan Ustaz Amirul (Siti Saleha)

Mesti korang masih ingatkan dram Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3 dulu, meletup-letup drama tue, saya memang ada tertinggal beberapa episod, tapi kira saya follow jugak ler drama tue. best, Bila tengok heroinnya berlakon, sejuk mata memandang, macam nak dijadikan calon istri, waraf,lemah lembut,cantik dan macam-macam lagi ler.  Tapi pastu tue heboh pulak gambar-gambar seksi heroin tue kat internet.  lemah semangat saya tengok.  dah nampak manis dah dalam drama tue......hish..........macam pic kat bawah nie.



Sekarang ini adalah lagi satu drama yang best jugak ler bagi saya, Ustaz Amirul ditayangkan di TV3 jugak.  Tengok heroinnya pun, perasaan macam tengok Tiz jadi Nur Amina dalam Nur Kasih. Sesuai jugak dijadikan calon isteri.  Siti Saleha namanya kan. Adik kepada Sam Bunkface.  Lawa jugak dia nie,lembut je tgk dia berlakon sebagai salah seorang heroin drama ni. korang tengok picture dia kat bawah nie, memang lain sangat berbanding dengan dlam drama. Tengok picture dia ni tak ler seksi sangat.....




Saya minat dua-dua orang pelakon ni...........


                          http://mysifu.net

Bawah ni gambar Nur Amina dan Munirah. Sapa ada gambar munirah, kongsi-kongsikan le ye.






Resepsi perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha

Tadi ada ler jenguk-jenguk Zonartis . Jumpa post resepsi perkahwinan Ayu Raudhah ngan Zaquan nie...Kita memang minat jugak ler ngan Ayu nie, sama ngan kaknya Rozita tue....pinjam sikit-sikit picture dari Zonartis nie....hehehe





Saya yakin anda tidak puas ngan picture yang sedikit nikan...apakata korang terjah Zonartis ni.

Artis adik beradik Malaysia


Salam,
Kita selalu sangat denger berita artis kita, tapi mesti tidak ramai sangat yang kenal artis adik beradikkan...Saya pun tak tau sangat berapa banyak artis kita yang adik beradik dan kita kenali. kalau dah tak famous tue, lagilah kita tak kenalkan. bawah ni ada beberap list saya tau, kalau anda lagi tau, kongsi-kongsikan lah...

1. Ella dan Korie

2. Siti Nurhaliza, Saida dan Saerah



3.Ziana and Anuar Zain

4. Natasha and Tania Hudson

5. Sam Shaheizy dan Zizie Ezette


6. Tomok dan Isma

7. Adi dan Ila Mentor(Korang kenal mana satu kan)

8. KRU-Norman, Edry dan Yusry

9. Rosyam dan Azman Nor


P.s- Kalau anda ada hak eksklusif dengan gambar-gambar diatas, inform saya ya.......nanti saya kena saman pulak.....huhuhuhuhu

Kenapa jalan raya kita berbahaya.

Tiap hari kita disajikan dengan berita kemalangan, sama ada kemalangan maut atau tidak,  terlalu banyak kemalangan yang terjadi di Negara kita, apa sebab musababnya kita sendiri kena berbalik dengan perangai kita sebagai seorang pemandu...tapi memang ada sebab-sebab lain yang membawa kepada kemalangan ini.  Seperti:

1. Apabila bukan hanya manusia saja yang menggunakan jalan raya.



2. Lubang sana sini

3. Pemandu sengal
4. Angkut barang banyak sangat....gayat tengoknya

5. Kalau anda merempit.

6. Tiba-tiba ada sekatan jalan raya kat selekoh,simpang or mana2 je...tak k kene brek mengejut tu.



Saya percaya kawan-kawan ada sebab-sebab lain lagikan.....jom kongsikan, Pandu Cermat Jiwa Selamat



Pening kepala sampai rambut pun makin kurang memikirkan pasal jalan raya kita.



Mayat bayi dibunuh kejam ditemui dalam baldi

Salam,
Bila dengar berita tentang seorang bayi ditikam bertubi-tubi, terkedu saya dengan istri saya.  kenapa seorang ibu sanggup melakukan perkara sedemikian.  Adakah kerana tekanan perasaan atau sudah melupakan agama demi menjaga air muka.  Kalau sudah terlanjur, bertaubatlah dan memohon keampunan dari Allah, anak yang sudah dikandung, peliharalah dengan rasa syukur.


kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan menikam bayi anda sehingga mati.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan menggugurkan kandungan anda untuk mematikan bayi itu.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan membuang bayi anda ketempat pembuangan sampah.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan menanam bayi anda hanya untuk menutup aib anda.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan membakar bayi anda untuk menutup kesan anda.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan meninggalkan anak anda di tempat awam.

SHAH ALAM 25 Jan. – Mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir ditikam bertubi-tubi di badan, dimasukkan dalam beg kain sebelum disumbat dalam baldi di dalam tandas di sebuah rumah panjang Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini hari ini.
Ibu bayi malang itu, seorang warga Myanmar berusia awal 20-an yang merupakan suspek kejadian ditahan bagi membantu siasatan.
Mayat bayi malang itu ditemui sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari selepas mendapat maklumat daripada orang awam. – Utusan



Gambar dibawah ini untuk ikhtibar jika kita ambil ikhtibar.......


Guru Buas

Salam kawan-kawan,
Mesti ada yang sudah baca Metro bertarikh 24/1/2011 yang memaparkan kisah seorang guru yang buaskan.   Tinggal anak dirumah,mungkin kena dera ngan ahli keluarga, Tinggal anak di pusat asuhan kanak-kanak, ada yang kena dera ngan pengasuh, hantar anak ke Sekolah, ada guru yang bertindak buas macam yang saya nak kongsikan ini.
Kota Bharu: 'Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa yang berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual'. kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


Hakim menyatakan sedemikan sejurus menjatuhkan hukuman 12 tahun kepada seorang guru sekolah rendah kerana merogol anak muridnya 12 tahun pada 2006. Tertuduh Mohd Saidi Che Tengah,45 yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika disabitkan bersalah.


So...ibu-ibu bapak bapak, tolong aku............


Mengapa semua ini terjadi, mereka yang sepatutnya memberikan ilmu, telah mengkianati anak-anak bangsa yang baru nak mengenal hidup,  Saya tidak mengatakan semua guru seperti ini, tapi kerana orang-orang seperti inilah, nama GURU itu telah rosak binasa...fikirkan........................ 

Tinta usang: Styna Selatan

Tinta usang: Styna Selatan : Ku ingin bercerita tapi keindahannya alam ciptaanNya membuatkan aku terkelu lidah. ...