Showing posts with label Keluarga dan kekeluargaan. Show all posts
Showing posts with label Keluarga dan kekeluargaan. Show all posts

Thursday, January 20, 2011

gambar kemalangan

Salam Kawan-kawan,

Saya tulis entry ni saja nak kongsi pendapat dengan anda.  Kalau anda ada menonton MHI pagi tadi yang dihoskan oleh Elly Iskandar dan M.Zul, mereka ada mengatakan bahawa adalah perlu untuk menghormati mereka yang terlibat/terkorban dalam kemalangan dengan tidak menyebarkan gambar-gambar mereka yang terkorban ni.   Betul jugak kata mereka tue, kita perlu menghormati si mati dengan tidak menyebarluaskan gambar2 mereka, disamping itu, ia juga  untuk menghormati dan menjaga hati keluarga yang terkorban ini.  kesedihan mereka bukan kita yang tanggung dan kalau boleh mereka ini melupakan tregedi ini...pendapat kawan-kawan macam mana?

gambar dibawah ini bukan mengaibkan kerana saya hanya tunjukkan keadaa bas yang terlibat kemalangan sebagai peringatan supaya BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT.










Gambar yang mengandungi mayat saya tidak display kerana untuk menghormati si mati.  Kalau anda masih ingit kemalangan ini yang berlaku di KM224 dulu. Menggemparkan seluruh negara juga ini....inilah yang terjadi jika kita tidak berhati-hati dijalan raya.

Monday, January 3, 2011

Hospital Kerajaan

Assalammualaikum.....
Bila anda baca tajuk post nie, jangan ler terkejut ya.  Saya cuma mau kongsi pengalaman dengan anda semua tentang apa yang berlaku kepada isteri dan anak saya yang saya bawa ke hospital kerajaan baru-baru ini.
ceritanya begini,
Istri saya mengadu sakit cirit birit dan saya bawa dia ke hospital kerajaan di daerah istri saya, pada 31/12/10 untuk mendapat rawatan, Pembantu Perubatan yang memeriksa isteri saya kerana sudah jadi kebiasaan apabila anda ke hospital kerajaan memang sukar berjumpa doktor.  Dia membuat pemeriksaan agak lama juga keatas isteri saya dan dia mengatakan istri saya mungkin terkena jangkitan kuman. Dia pun beri ler berberapa jenis ubat dan juga air garam. tapi isteri saya tidak sembuh jugak malah anak sulung saya turut sakit. Saya pun bawa mereka sekali lagi ke hospital yang berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada 2/1/2011.  kali ini hanya pemeriksaan yang begitu simple dan hanya beberapa minit je. Dah menunggu lama walaupun pesakit pada waktu itu hanya 4 orang termasuk isteri saya.  Siap boleh buat marathon keliling hospital lagi, itupun tak kena panggil lagi.  Dia hanya cakap masuk angin dan beri air garam yang sama jugak.. ORS tue. begitu juga anak saya.
Hari ini 4/1/2011, sakit anak saya bertambah teruk pulak, isteri saya masih sakit-sakit lagi tapi dia nak bawa jugak anak jumpa doktor kerana anak kecil manalah tahan dengan sakit berbanding orang besar, antibodi pun bukan kuat sangat nak lawan penyakit macam orang dewasa.  Kali ini bawa ke klinik kesihatan kawasan di daerah yang berhampiran jugak.  Apabila isteri saya berjumpa doktor dan menerangkan sakit yang dia alami ngan anak saya, doktor buat pemeriksaan dan dia mengatakan bahawa istri saya mendapat rawatan yang salah. Astagfirullahalazim.....setelah mendapat rawatan doktor,  istri saya pun disuruh mengambil ubat di farmasi dan ketika nak dapatkan ubat tue, istri saya agak was-was dengan ubat yang diberikan. Dia pun bertanya adakah ubat yang diberikan itu tidak mempengaruhi penyusuan anak-anak kerana kedua-dua anak saya masih breastfeeding.  Pekerja berkenaan pun tidak tahu nak jawab apa dan dia kata dia nak rujuk kepada doktor terlebih dahulu.
 Alangkah terkejutnya isteri saya kerana ubat yang diberikan oleh pekerja farmasi berkenaan adalah salah.  nasib isteri saya bertanya dulu sebelum mengambil ubat-ubatan berkenaan.  Sudah tentu doktor itu marah kerana ubat yang dibekalkan adalah salah dan ia boleh membahayakan anak-anak kerana mereka masih menyusu dengan ibu mereka.  Kenapa semua ini terjadi, adakah ubat-ubat yang kita perolehi dari klinik kerajaan adalah ubat yang sepatutnya.
 selepas ini, lebih-lebih lagi ibu-ibu yang menyusukan anak-anak, pastikan ubat yang anda perolehi benar-bnar ubat yang boleh anda makan or minum kerana ubat yang telah masuk ke dalam badan anda akan turut diambil oleh anak anda melalui proses penyusuan, bayangkan jika ubat adalah salah dan masuk ke badan anak-anak anda, bukankah risikonya begitu besar kepada anak-anak kecil yang tidak tahu apa.  Dan lebih parah lagi anak-anak kita mengalami kesakitan atas kesilapan orang lain. fikir-fikirkan.  Ubat yang diperolehi oleh anak saya dari hospital pertama tadi diarahkan oleh doktor yang merawat tadi untuk dibuang kerana ia tidak sesuai untuk dimakan oleh anak kecil...........kenapa mereka bagi ubat sedangkan anak kecil sepatutnya tidak mampu untuk mengambil ubat-ubatan atas ketidak upayaan mereka mencerna ubat-ubat ini yang kebanyakkannya mengandungi dadah.  Tidakkah Pembantu Perubatan yang dilantik mengetahui semua ini.  Inilah pengajaran pertama dan paling berharga untuk keluarga saya pada tahun 2011 ini.  Jangan hanya kerana ingin membayar murah RM1 kita tidak berhati-hati dengan ubat yang mungkin tersilap diberikan kepada kita oleh pekerja farmasi di klinik2 kerajaan.
NASIHAT SAYA KEPADA DIRI SAYA DAN SEMUA KAWAN-KAWAN DI LUAR SANA, PASTIKAN ANDA BERTANYA DULU TENTANG UBAT-UBAT YANG DIBEKALKAN KEPADA ANDA UNTUK MENGELAKKAN ANDA DAN ANAK ANDA PENDAPAT UBAT YANG SALAH.

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...

selamat tahun baru semua

Sunday, January 2, 2011

Bank or licensed Ah Long?



Some banks charge higher interest than moneylenders. When a bank charges interest on a loan at a rate that is higher than that of a moneylender, does it not make the bank a licensed Ah Long?
When banks charge a compound interest on loans, when licensed moneylenders do not, does it not make them licensed Ah Longs? Banks and Ah Longs, what is the difference? The truth is that often consumers find it hard to tell whether they are dealing with banks or Ah Longs.  Both are in the business of making profits by lending out money and both can be ruthless in their own ways.

Bank Loan More Expensive than Moneylender’s

Consumers cannot take for granted that the loan from the bank will always be cheaper than that of moneylenders.

Under Section 17A of the Moneylenders Act 1951,   moneylenders can charge interest of up to 12% per annum for secured loans and up to 18% per annum for unsecured loans. To charge anything higher would be breaking the law.

For banks, it is a different story. There is no limit on the interest that they can charge on loans. Most of the time their interest is lower than that of moneylenders.

We have come across a case where the interest charged for a personal loan taken from a bank is very much higher than that can be legally charged by a licensed moneylender.   Yet, unlike moneylenders, the bank is not breaking any law.

CIMB Xpress
The CIMB Xpress is an Islamic personal loan which many may find appealing. (Islamic loans  are open to non-Muslims as well). According to its brochure, the requirements for the loan are minimum and the rates are affordable. No guarantor is required for a loan that is less than RM5,000 and  the applicant only needs to have a monthly salary of RM800 to apply.  The applicant can apply for a loan that is 5 times his salary and the loan can be approved within 24 hours.

For a loan of RM3,000 for 5 years, the repayment works out to be RM3.62 per day. This does not seem much but the rate of profit (equivalent to the interest charged on a conventional loan) on the loan is high, at 2% per month or 24% per annum.

In a year, the borrower would have paid RM1,320 and at the end of 5 years he would have paid RM6,600.
ABC Moneylender

If the RM3,000 loan were to be taken from a moneylender, the interest charged is 18% as it is an unsecured loan.

This is cheaper than CIMB  Xpress’ 24% rate of  profit.

For a loan taken from ABC moneylender, the total interest charged on a loan of RM3, 000 for 60 months is RM2, 700.  The monthly instalment works out to be RM95 per month or RM3.12 per day.

At the end of the 5 years the borrower with the loan from ABC Moneylender saves RM900.

Now who says it is always cheaper to take a loan from a bank than a moneylender?

Is it ethical for banks to charge interest that is higher than that of  moneylenders?

Double Standards on Compound Interest?

There are 2 ways to calculate interest for loans — simple interest or compound interest.

Simple interest is interest which is calculated only on the principal amount. Compound interest is where interest is calculated on the principal plus interest incurred in the previous periods.

When compound interest is applied, the debt will grow faster than under simple interest.

For example, if the penalty interest on late payment is RM100 and the balance outstanding is RM10,000, compounding allows the bank to charge interest on the total of RM10,100.  If simple interest is being used, the bank will only be allowed to calculate interest on the outstanding balance of RM10,000.

Section 17 of the Moneylenders Act 1951 prohibits directly or indirectly, the use of compound interest by moneylenders.

However, banks do not face such restrictions on compound interest. By charging compound interest they are effectively charging  interest upon  interest and that is why the debt increases tremendously.

Anyone who has defaulted on his housing loan or credit card payment will  understand how fast debt accumulates because interest is being compounded.

Compounding interest increases the debt much faster and thus allows the banks to make even more money.

Why should the banks be allowed to compound interest when moneylenders are not allowed to do so?

What does Bank Negara have to say?
Info from :http://www.consumer.org.my/personal-finance/banks/52-bank-or-licensed-ah-long

hari aku dapat surat dah lawyer coz aku xbayar hutang cc....bukan xmau bayar,tapi ekonomi teruk...xmampu bayar, ingt dh stable nnt boleh ler start bayar.

KENAPA AKU LETIH BEKERJA


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :
Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :
Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 
1..7 juta darinya sudah bersara. 
Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. 
Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, 
Universiti dll). 
Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. 
Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.
Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal 
diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. 
Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....
Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). 
Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.
Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini 
berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). 
Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....
Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. 
Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...
Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku....
Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...
Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!
P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 
Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 
Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak....

kredit kpd; Ct Rosma

PESANAN UNTUK KITA SEMUA


PESANAN Imam Ghazali:

 
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
 ialah MATI.. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
 LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
 kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hariesok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA
 NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG
 AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak

 
 
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
 menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali
 didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri


Kartun Pokemon Sangat Merbahaya Akidah
BAHAYANYA KARTUN POKEMON dan
BINATANG2 yang ade dalamnya???

 
 
POKEMON bermaksud saya yahudi,

 
 
PIKACHU bermaksud jadilah seorang yahudi,

 
 
CHARMANDER bermaksud ALLAH itulemah(nauzubillah)

 
 
 ....... jadi..... tolonglah SEBARKAN kepada rakan2 
korang semua......

 
 
> Protect Our Population Of Islam...... sumer org yg ade
yahoo messenger (ym), tolong jangan add org yg id die macam ni:
anamuslim_cute_ 97@yahoo. com die 
cuba nak murtadkan org Islam. tolong
forwardkan mesej ni kepada 
sumer org Islam!!! (kalau rase sayang ngan org
Islam la!!!!!!. kalau tak sayang, x payah forward!!!) Salam


AMARAN :

Berhati-hati, kalo ada sesapa nk jual perfume and suruh korang hidu bau
perfume, tolong jgn hidu..terdapat kes dimana seorg gadis didatangi 2 lelaki
yg mendakwa melakukan kajian psl myk wangi dan menyuruh gadis tersebut
menghidunya. .sejurus kemudian gadis itu
pengsan.sedar2 ia berada didpn sebuah bangunan,dan mendapati dirinya
dirogol.barang berharga, wallet,henpon semua dirompak..so beringat2 lah la
ni macam2 kes jenayah ada........


AWAS! pemberian CD free bertajuk AHMAD'DREAM motifnya memurtadkan melayu
islam.watak lakonan oleh org melayu yg berjaya dimurtadkan.
Sebarkan kalu sayang pada islam!!

Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita,serta-merta kita
datang untuk penuhi panggilannya. .. Tapi ketika ALLAH memanggil kita
(azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang.


Heran ya..bagaimana ketika anda membaca pesanan ini, anda tidak akan
mengirim kepada beberapa orang yang ada di dalam messenger anda kerana anda
risau apakah mereka akan fikirkan tentang diri anda atas kiriman ini kepada
mereka.. Heran ya bagaimana kita lebih bimbang akan apa yang orang fikirkan
tentang kita...daripada apa yang ALLAH fikirkan

Kalau sudah dapat anggaplah ini rezeki...... .. Baca, sebut lepas tu
forward... Assalamu 'alaikum, Kubur itu gelap, cahayanya ialah "Laa Ilaaha
IllalLah". Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah
ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa
ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda
(mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti
berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!"
supaya ianya menjadi sebati dibibir kita.... ucapkanlah serentak dengan
denyutan nadi, biar ia mengalir bersama arus aliran darah dan degupan
jantung kita. Panjangkan dan fowardkan email ini kepada seramai mungkin
saudaramu

P/S:- saya tiak edit or tambah ape2 dalam entry ini kerana yang pertama email info ini menyuruh kita untuk kongsikan semua info ini....lepas baca tue,inform ler kawan2 ya...jenguk2 blog nie lagi layan...hehehe
kredit kepada:Yatie Honney

Permulaan 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


3hb dah ari nie....dah tiga hari masuk tahun 2011.  Macam mana permulaan tahun baru anda? best, seronok, sedih or macam hari-hari biasa je...hehehe.  Tahun baru saya macam biasa je, Tapi yang sedihnya tu, istri saya sakit pastu anak sulung saya....dorang sakit perut, cirit jugak ler. dah bawa p hospital, tapi macam tak ada perubahan sampai pagi tadi sebelum saya bergerak ke tempat kerja.   Ya Allah, permudahkanlah ank istriku sembuh.  yang paling teruk istri saya, sakit perut dan pinggang dia...kalau tengok luar tue, memang masuk angin, perut di kembung and asyik2 keluar angin je..tp tak berkurang pulak....kesian tengok dia, dah lah sakit, kene layan anak2 pulak lebih2 lagi yang bongsu.  Yang bongsu ini memang tak nak orang lain, nak ibu dia je.....
 Bila bercakap tentang kerja pulak, harap2 lah ari nie permulaan yang baik bagi tahun 2011, saya tidak ler harap gaji naik, tapi yang saya harap semua kerja yang diberikan dapat saya handle dan settlekan dengan jayanya.....bagaimana dengan kawan-kawan diluar sana?
 Moga-moga tahun baru ini saya dapat tinggal bersama dengan famili saya tanpa menumpang ngan orang tua lagi.....istri saya tringin sangat nak dok umah sendiri.  saya pun kesian jugak..tapi kos nak wat 1 rumah tue, Ya Allah, mahal dan saya tidak mampu....teringin nak apply PPRT...tapi tak tahu nak dapatkan borang dan procedure nak apply....atau mungkinkah saya nie orang yang malas ak urus....kadang2 kita ada sifat malu...tapi bila fikirkan, ia amat merugikan....kebanyakkan rumah2 rakyat miskin di Sabah nie kelihatan seperti jatuh ketangan orang luar,  kenapa kita orang tempatan tidak mau rebut semua ini sehingga mereka yang orang luar nie dengan senang dapat semua kemudahan ini... kene tanya YB masing2 nie.



Thursday, December 30, 2010

bahaya handphone lipat kepada kanak-kanak

Walaupun baru-baru ini disiarkan dalam akhbar dan televisyen yang handphone tidak menyebabkan barah otak setelah dibuat kajian. tapi sebenarnya ia masih lagi berbahaya kepada anak-anak kecil...korang layan post kat bawah nie yang dikirimkan oleh seorang kawan saya: zatira Ain.




Baru baru ini satu kemalangan kecil telah berlaku menyebabkan satu lorong taman perumahan menjadi kecoh. Elakkan daripada berulang, malang tak berbau, celaka jangan diundang.. Sila sebarkan.











Tengok bawah nie....memang dasyat.........







Kreditku kepada :Zatira Ain

Wednesday, December 29, 2010

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS

TAJUK BARU UNTUK FIKIR-FIKIR ……. ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS KAH ? KERJA SEBAGAI SATU IBADAH
R am ai yan g mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia. Isteri yan g setia, dipersiakan su am i. Su am i yan g baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yan g dipinggirkan anak-anak…
In ila h warna kehidupan yan g kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Ump am a mal am dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…
Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah l am a… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yan g lebih “dal am ” dan sukar  daripada itu… benar-benarkah kita orang yan g ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu m ema ng rahsia. Rahsia dal am rahsia Allah. Ya Allah, bantulah k am i untuk ikhlas…A min .
ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yan g membalasnya bukan orang yan g kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yan g berlaku sewaktu saya mengendalikan progr am latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki am pu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yan g wajar. Saya bukannya orang yan g bermuka-muka. Tak pandai saya nak am pu- am pu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta progr am yan g paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dal am organisasi tersebut. Itu adalah kali ter akhir dia mengikuti progr am latihan. En am bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yan g diberikan kepadanya dal am sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dina ikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, s am bil min um- min um dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dal am sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh r am ai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apab ila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dal am profesion masing-masing. Ada yan g menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu s am bil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja b ila bercerita tentang anak-anaknya. M ema ng, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yan g “menjadi” dengan naik gaji, mana yan g kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dal am karier mereka, mana yan g kakak pilih?”
Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yan g paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dal am organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. H am pir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yan g lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. 
B ila kakak ikhlas bekerja dal am organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yan g menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh p emi kiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dal am hubungan ses am a manusia. Kebaikan yan g kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yan g kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Mac am ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dal am keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yan g saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan mukt am ad, siapa yan g memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dal am ist ila h biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin m emi kirkan pertalian dan kaitan antara apa yan g berlaku dal am organisasi dengan f am ilinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang m ema ndu di satu jalan yan g mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yan g tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika meng am bil nafas s am bil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh min at. Dia meneliti metafora yan g saya s am paikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus m ema ndu ke hadapan. Mungkin sej am kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yan g tersalah lorong. Kita pula yan g memberi l am pu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yan g kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yan g kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yan g simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yan g menggerakkan hati p ema ndunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yan g kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yan g tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dal am litar di jalan raya dan begitu jualah litar dal am kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yan g membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yan g membalasnya. In ila h hakikat yan g berlaku dal am kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa b ila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons min ta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yan g ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak m emi ntanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yan g melakukannya. Ia ump am a bola yan g dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhir at.”
“Itulah balasan yan g lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan m am pu membalas keikhlasan h am ba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yan g ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dal am hidup. Anak-anak yan g soleh dan solehah. Isteri yan g taat atau su am i yan g setia. Dan paling penting… hati yan g sejahtera. In ila h kekayaan dan kelebihan yan g lebih ut am a daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki am pu dan kaki bodek lebih baik dal am organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yan g akan kita dapat melalui jalan yan g salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki am pu dan bodek sahaja… pangkat yan g mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yan g saya kata tadi, what you give you get back… 
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki am pu, mungkin akan dapat anak yan g pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yan g berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yan g harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yan g tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. 
Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yan g lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yan g kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yan g Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yan g pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yan g bersyukur,” balas saya mengulangi apa yan g maktub dal am Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yan g derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yan g terg am ak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yan g saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dal am hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” s ema sa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Kreditku kepada: Ct Rosma

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...