Wednesday, September 26, 2012

Cari Kucing

Saya tak tau nak kredit kepada siapa berkenaan ngan gambar-gambar kucing tersembunyi kat bawah nie. Semua picture ni disharekan di wall FB. So sapa-sapa yang nak claim picture nie dia punya and minta saya remove. Just inform me. Hehehehe 














Ada sapa-sapa bole tolong cari kucing. Saya sendiri pun tak jumpa lagi kucing tu dalam gambar kat bawah nie.


Hutang

Dah lama sangat dah rasanya diri ini dibelenggu oleh hutang. Hinggakan ada masanya tidak mampu nak hadapi lagi. Dan ada waktu2nya aku bole bermimpi yang aku telah bebas dari belenggu hutang ini.

Setelah berfikir dan terus berfikir, aku dapat satu kesimpulan yang cara aku menyelesaikan hutang ini adalah salah. Aku sebenarnya mengamalkan kaedah yang dipanggil :Gali Lubang Tutup Lubang" dan no wonder lah sehingga kini hutang yang mengelilingi pinggangku ini tidak pernah langsai. Huhuhuhuu

Dalam Islam ada pendekatannya untuk menyelesaikan hutang ini. Dan yang paling utama adalah:

:- Mendekatkan diri kepada Allah. jangan lupa solat dan berdoa. Usaha kene sentiasa ada.

:- Solat sunat Dhula. Pembuka rezeki.

:-Kerja dengan bersungguh2,rajin dan amanah. Perangai kita yang kerap curi tulang tidak akan membantu kita menyelesaikan hutang walaupun gaji tetap diterima setiap hujung bulan. Semua ini kerana tiada keberkatan.

Banyak lagilah cara-cara untuk menyelesaikan hutang ini dalam Islam. Kena rajin bertanya dan belajar. 

Mungkin mulai saat ini, saya kena berubah untuk menyelesaikan hutang ini. Hutang tidak akan selesai jika membayarnya dengan hutang. Ya Allah, Beri kekuatan dan jalan yang terang untukku membebaskan diri dari belenggu hutang yang melalaikan ini. Tidak sanggup lagi merasa bebanan ini. Keluarga kian besar, anak2 kian meningkat dewasa. Aku tidak mahu mereka merasa susah hanya kerana kesilapan berhutang ini.



Hujan

Hampir tiap hari ujan, tak siang, time malam. yang menakutkan tue siap ngan ribut sekali. Rumah dekat ngan pantai, so jelas sangat la tengok awan hitam berarak dari laut ke darat. Ombak jangan nak katalah. Bunyi hempasnya ke tembok penghalang hakisan memang kuat.

Bila bercakap tentang hujan, secara otomatiknya, kain basuhan istri sentiasa tidak kering or kalau dapat jemur pun, ia lembab lagi dan ini membuatkan kain berbau. Tapi takkan nak salahkan hujan, hujan tu kan rahmat dan ia pemberian dari yang Esa. 

Istri hanya cakap, bau pun bau lah, janji boleh pakai dan kita pun bukan nak pakai kain ini p shooping complex. hehehehe.... betul juga.

Musim hujan ini juga membawa satu ketenangan yang lain. cuaca terasa nyaman dan sejuk yang mengasyikkan.  Tiada lagi keluhan cuaca panas terutama time-time tengahari. Best kan!!!

Allah kan maha adil.




Sunday, September 23, 2012

Gambar dengan seribu makna

Bila kita lihat semua masalah yang kita hadapi hari ini, mungkin lebih baik kita berfikir sejenak kenapa semua ini berlaku!

Semua ini bukan masalah orang lain sahaja, tapi ia jugak merupakan masalah kita semua. hayati kata-kata dalam gambar di bawah ini:


Sebiji Bola Golf

Permainan Golf adalah satu sukan yang berprofil tinggi dan mereka yang terlibat dengan permainan ini boleh dikatakan golongan yang berada. Dengan kata lain berkemampuan berbanding dengan kebanyakkan dari kita.

Tapi,
Apakah nilai sebiji bola golf.?





What is a golf ball worth ? 

The ball was in the pond on hole 16 at Oak Crest Golf Club in Michigan. 
It was a brand new Titlelist and he didn't want to loose it. So he try to retrieve it with his hand

NEVER RETRIEVE A GOLF BALL WITH YOUR OWN HAND!!!!!! 















They managed to sew his arm back on. He was playing golf again within 6 months ! 

Lucky him. 


Mengandung dan alahan

Erm...Istri aku mengandung lagi. hehehe. aku gembira tapi pada masa yang sama aku pun turut risau. Almaklum lah yang istri aku ini ada cyct dan doktor telah beritahu agar jangan mengandung sehingga cyct ini dibuang.

Tapi dah ada rezeki dari Allah, takkan nak tolak, bukan kita tau anak ni mcm mana nanti. Mungkin lahirnya nanti akan membuatkan keluargaku bertambah bahagia dan mewah.

Tapi kali ini, alahan istri yang paling teruk, Dua orang puteri sebelum ini,istriku tidak begitu teruk alahannya. Istriku hilang selera makan dan sentiasa lapar, dan kalau dia dapat makanpun, mesti akan dimuntahkan balik. Berat badannya susut secara drastik dan ini menyebabkan dia terpaksa ke klinik setiap dua minggu. Penat tue,lagi-lagi terpaksa bawah anak2 yang tak reti nak dok diam.hehehehe.

Aku berdoa agar istriku akan hilang alahnya bersama masa apabila kandungannya kian besar. Tapi pada masa yang sama, aku juga tetap ingin mencari petua-petua lama untuk membantu dia melawan alahan ini.


Next time ye

Thursday, September 13, 2012

Cinta atas kertas

Aku boleh katakan bahawa aku mula merasa cinta itu sejak aku sekolah rendah lagi. Seorang gadis aku mula suka sehingga aku asyik teringatnya siang dan malam, dan pada waktu malamlah angauku kian parah.
Lucukan.
Apabila meningkat dewasa, cinta yang benar-benar aku rasakan cinta sejati adalah apabila hati ini terpaut dengan seorang ganis yang begitu ayu pada pandangan mataku. Masa itu aku dah pun form 6.
Cinta di zaman sekolah berapa kerat sangatlah yang kekal dan benar-benar serius. Aku bercinta dan putus juga akhirnya.Tahun itu adalah tahun 1996/97. Tidak indah sangat cinta ini kerana aku dan dia malu-malu kucing untuk bertemu dan berbicara.
Masuk zaman universiti, pernah juga mengurat tapi tidak berjaya. so, apabila tamat pengajian dan mula berkerja, memang sentiasa sangat nak mencari pasangan, Kerja dekat hotel nie banyak dugaannya seperti setiap beberapa bulan je, ada pelajar-pelajar U or kolej wat industrial training, Kami permanent staff nie, apa lagi, nguratlah,huhuhuhu
Tapi hati tetap rasa kosong, Saya sentiasa teringatkan cinta saya kepadanya waktu form 6 dulu. Handphone waktu tue hanyalah beberapa kerat yang ada dan yang paling popular Nokia 3310. dan kalau ada phone Nokia 8210. anda lah yang terhebat. Try macam-macam and suddenly, saya dapat mesej dari dia. Dia tidak lah terus bagitau nama dia. kami berSMS untuk jangka masa yang tidak panjang sangat sehinggalah dia memberitahu namanya. Dunia ini milik saya rasanya. Dan dari detik itu sehinggalah kini, kami bahagia dan bertambah bahagia kerana kini ditemani dua orang puteri dan yang lagi best tue, kini menunggu insan yang k-5 dalam keluarga ini, mungkin boy,mungkin girl. tapi tidak pernah menjadi masalah. harap-harap dia sihat dan sempurna. Amin.
Cintakan kita ini adalah cinta atas kertas sehinggalah kita disatukan dalam satu ikatan perkahwinan yang sah sayangku. Kenapa atas kertas????

next time ye.

Thursday, September 6, 2012

Berdengkur

Bila baca tajuk di atas, ada sedikit rasa lucu. Berdengkur bagi kebanyakkan kita adalah perkara lumrah dan dianggap agak remeh. Tapi sebenarnya berdengkur adalah satu "masalah' tidur.Ini adalah kerana berdengkur boleh membawa kepada masalah Diabetes, Tekanan Darah Tinggi, Strok dan serangan Jantung.

Apabila saya mengetahui fakta ini, saya menjadi risau, ini kerana saya adalah salah seorang di kalangan kita yang menghadapi masalah berdengkur ini, Seingat saya masalah berdengkur saya kian parah setelah berkahwin dan apabila saya makin kurang melakukan senaman. Istri yang selama ini tidak beberapa kesah dengan dengkuran mula kian kurang selesa kerana dia mengganggap masalah dengkur saya kian besar dan bunyi dengkuran kian kuat. hehehehe.

Terdapat beberapa cara mengurangkan masalah dengkur ini yang mana antaranya mengurangkan berat badan dan cuba untuk tidur mengiring. Bila nak kurangkan berat badan, so saya kena sentiasa bersenamlah kan.
Dan mungkin juga masalah yang saya hadapi ini disebabkan saya seolah-olah bernafas lebih dengan menggunakan mulut dan bukan hidung.  masalah nie.huhuhuhuhuh


Next time ye..


Tinta usang: Styna Selatan

Tinta usang: Styna Selatan : Ku ingin bercerita tapi keindahannya alam ciptaanNya membuatkan aku terkelu lidah. ...