Wednesday, January 12, 2011

Terjemahan Surah Al Ikhlaas agar kita dapat menghayati sepenuhnya.


1.  Katakanlah (wahai Muhammad); “ (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;   2.  “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon 
sebarang hajat;  3.  ’Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;  4.   “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”. 
  
  
Sekadar menyampaikan....... 
Pesanan terbaik dari seorang rakan.... 
 Assalamualaikum, 
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. 
  
Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya 
untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah 
putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, 
saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak 
saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. 
  
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. 
Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. 
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. 
  
Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah 
yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya 
pegang betul-betul juga.. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan 
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. 
  
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah 
sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang 
betul. 
Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, 
akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik. 
  
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. 
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak 
guna buat baik tapi tak ikhlas. 
  
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. 
Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman 
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya 
mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman 
globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke 
mana-mana.. 
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, 
kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia 
sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'
  
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara 
yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan. 
  
Pertama, kekuatan minda 
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk 
ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya 
kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.. 
  
Kedua, kekuatan hati 
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa 
banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila 
ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi 
hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan 
iman, kata pak cik. 
  
Ketiga, kuat fizikal 
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam 
minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak 
kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.. 
  
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau 
minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut. 
  
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan 
agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya 
sampaikan. 
Iqra'.....! 

Kredit tu: Zatira Ain
  

No comments:

Post a Comment

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...