Friday, July 27, 2012

Hari Sukar

Ramai dikalangan kita yang akan menangisi hari-hari sukar yang ia tempuhi, Katakanlah pada hari ini anda menghadapi dugaan yang berat dan ia telah menyebabkan hari anda adalah hari yang teruk.  Sukar untuk percaya sekiranya kita tidak mengeluh.  Kita selalu mengatakan bahawa hidup ini singkat dan perlu dinikmati, tapi adakah kita menikmatinya. Berapa ramai di antara kita telah menggunakan secara optimum energi yang terdapat dalam tubuhnya dan menikmati setiap saat dalam hidupnya.

Kalaupun benar hari ini sukar, tapi mungkinkah esok akan menjadi sukar jugak.  Bagaimana dengan kelmarin, bukankah ia hari yang baik bagi anda? kenapa mengeluh dengan hari sukar pada hari ini sehingga kita lupa bahawa kelmarin adalah hari yang indah bagi kita.

Kita hidup hanya untuk tiga hari, hari ini yang kita tengah nikmati, esok yang belum pasti dan kelmarin yang telah berlalu.  kenapa nak mengeluh sangat seolah-olah setiap hari yang kita lalui itu sukar, kenapa tidak menikmatinya sebagai penambah perasa hari-hari indah kita. Mungkin hari ini anda putus cinta, tapi adakah anda lupa bahawa hari sebelumnya anda telah jatuh cinta.  Indahkan hidup ini.

kalau anda menangis kerana tidak mampu untuk membeli baju raya, ingatlah anda insan lain yang berselimutkan kotak untuk terus hidup.  kalau anda tidak dapat kasut baru untuk raya, lihatlah sekeliling, bukankah anda insan yang tidak mempunyai kaki. Kalau anda malas sangat untuk balik kampung untuk bertemu orang tua. Lihatlah raut wajah anak-anak yatim yang rindu mereka tidak pernah terlerai atas 
kehilangan orang tua mereka. Jika anda rasa diri anda tidak hensem, dan ia tidak mewarna-warnikan hidup anda, bukankah ramai di luar sana yang tidak mempunyai kesempurnaan fizikal seperti anda dan yang ajaibnya, mereka meninkmati hidup ini dengan gembira dan bersyukur.

Apa sangatlah kesukaran hari ini, jika esok ada sinar yang menanti.dan kelmarin yang ceria.

next time ye.


No comments:

Post a Comment

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...