Amat penting untuk di kongsikan satu perkara ni. Kalau kita semua perasan
sekarang, fesyen bertudung bersanggul sangat famous sekarang. Majoriti yang
bertudung, especially yang pakai shawl, mesti akan mengayakan tudung yang
dipakainya dalam keadaan bersanggul.
Sanggul yang di maksudkan adalah seperti diatas. Memakai tudung yang
menampakkan bonggolan dikepala. Berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi
semestinya renungkanlah hadith dibawah :-
"akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang
menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan
pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak
perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas
kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti
bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua.
Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat" - hadith riwayat
Ahmad, jil.2, ms. 223
Rasulullah s.a.w bersabda :-
"dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat
keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu
lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang
berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan
berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta
yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium
baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu
dan begini" - hadith riwayat Muslim. Hadith no 212
Agar ianya dapat memberi kesedaran untuk semua. Banyak sangat perkara yang
harus diperbaiki. Banyak memberi ilmu selama ini dan banyak juga memberi
kesedaran daripada semua sudut.
ISU PENTING : PROTOKOL YAHUDI
Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara
1.. Song....
* Lagu-lagu yang menghiburkan.. jika ada anak-anak yang tak tau
mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada
anak-anak yang tak hafal Fatihah.... tapi boleh mengingati lagu Siti
Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga
kita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?
2. ..Sex.....
* Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv,
dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak
diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya
kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD
lucah mudah didapati... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada
adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......
3. ..Smoke....
* Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak
moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi
mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang
merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok
dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....
4. ....Sport...
* Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan
sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak
pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak
sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga... Kalau menonton di
rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk
GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan..
sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..
5. .. Fun..
* Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau
kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis
perempuan.... Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert..... pelbagai maksiat akan
diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....
6.... Female...
* Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam
iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau
kita ke kedai bateri kereta... di hadapan bateri terpampang gadis sunti
separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?...
kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi......
7...Fashion....
* Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau
pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan
bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan
pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau
rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab
kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas
pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang
cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam
Yahudi....
8. .. Food.
* Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat
termasukalah McD, Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi... Buah
kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun
setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi
kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak
pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi
mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi...
tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah.....Yahudi makan Islam
lagi...
Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi....
oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan
kepentingan Allah......
DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :
* Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat
102
* Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
* Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
* Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5
* Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah
* Bg anak2 yg suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
* Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada
air dan tabur keliling rumah
Langkah 1:
. Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
. SUBHANA'LLAH
. ALHAMDULI'LLAH
. LAA I LAAHA ILLA'LLAH
. ALLAHU AKBAR
. ASTAGHFIRU'LLAH
. LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
. ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI. WA
SAHBIHI AJMA'EEN
Firman Allah swt :
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah
orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka
menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak
menyombongkan diri.
(Surah As Sajadah ~ Ayat 15)
Kredit kepada: Yatie Honney
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)
1. Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...
-
Salam, Kita selalu sangat denger berita artis kita, tapi mesti tidak ramai sangat yang kenal artis adik beradikkan...Saya pun tak tau sang...
-
Kemajuan dalam pembikinan kereta tidak akan berhenti selagi manusia masih berada di atas muka bumi ini. Kemajuaan agak drastik sehinggakan ...
-
Mesti korang masih ingatkan dram Nur Kasih yang pernah ditayangkan di TV3 dulu, meletup-letup drama tue, saya memang ada tertinggal beberapa...
No comments:
Post a Comment