Wednesday, December 29, 2010

Kredit kad oh kredit kad....


Kredit kad, sekeping plastic yang begitu manis disebut dan pahit untuk ditelan.  Ramai yang menggelarkan ini sebagai duit plastic yang menyeksakan kerana ia memberi rasa yang sangat menyeksakan nafas.  Kata orang ia umpama sedap sekali dan pahit berkali-kali.  Hutang kredit kad akan terus mengekori sesiapa pun sehingga ler la langsai tanpa tinggal sesen pun.
Ramai rakyat Malaysia terperangkap dengan duit plastic ini kerana satu masa dulu bank-bank di Malaysia berlumba-lumba mendapatkan pelanggan sehingga seolah2 ada kelonggaran untuk memiliki kad ini.  Tentu kita masih ingat beberapa ketika dulu orang ramai dan kerajaan juga telah menegur pihak bank yang terlalu mudah memberikan kad kredit ini kepada orang ramai terutama executive muda yang akhirnya pada hari ini, dilaporkan bahawa beberapa ribu orang daripada golongan ini telah d isytiharkan muflis gara-gara hutang dari plastic ini.
Tidak perlulah saya mencari contoh diluar sana siapa yang terperangkap dengan hutang ini. Semua ini adalah kerana saya sendiri adalah salah seorang daripada mereka ini. Ketika ini saya masih berhutang kredit kad ini dengan dua bank di Malaysia. Kalau diikut pengiraan dan interest yang akan dikenakan bolehlah dikatakan bahawa saya berhutang kad kredit ni dalam lima angka jgk la. Dan saya telah gagal membayar bulanan kad-kad ini hampir lima bulan disebabkan masalah kewangan setelah saya berhenti kerja dari majikan saya terdahulu.
Saya ingin kongsikan bersama anda beberapa peringatan dan reminder dari bank ini terutama dari bank yang berwarna merah, pandai-pandai ler kamu cari bank ape ini. Di bawah ini beberapa masej yang telah dikirimkan ke handphone saya oleh bank ini sama ada melalui hotline or satu nombor yang kelihatan seperti nombror peribadi.

SMS pertama
RM0.00 from **** bank: please call collection Department at 03-20******** regarding you’re your credit card payment. Don’t reply SMS, just call us.  Thank you
This mesej sent on 12/12/2010, 9.23am

Second SMS
From ****: uURGENTLY NOTICE.  Your acc already have 4 mths due,PLEASE!cover atlst minimum payment RM150 URGENTLY before 17/12 to avoid any recovery action & ur name being classified in NPL (BAD LOAN) or kol Mr. Fa**** at 03-20****** to discuss further for payment proposal.TQ.

After frequency received this sms, I called the bank to discuss the payment proposal and the customer service proposed to me to pay at least RM200 for each card, with this bank,  I have 2 card.  That’s mean I need to pay them rm400 permonth.  I already inform you early in this entry that I have financial problem, so how can I pay rm400 permonth, the bank already know that I have problem but they still proposed this minimum payment. For God sake, if I can pay them this amount for every month, my credit card already settled.

Third sms
Daripada C*** bank, peringatan terakkhir. Akaun anda telah memasuki 4 bulan tunggakan setakat ini. Sila jelaskan bayaran minimum sebelum 29.01 rm150 untuk mengelakkan pihak bank menghantar nama kepada bank Negara atau kami akan menghantar nama kepada agensi pungutan hutang semalaysia.TQ
Mesej ini dihantar pada 26/12/10 : 11.09am dari nombor 012-373****

Fourth sms
Daripada C*** bank kredit kad, sila ambil perhatian akaun anda masih tertunggak 4 bln dan pihak kami masih tidak menerima sebarang pembayaran dari anda.pembayaran perlulah dibuat hari ini rm150 untuk mengelakkan nama anda disenaraikan sebagai peminjam bermasalah dan akaun anda akan dihantar kepada ejen pemungut hutang semalaysia…terima kasih
Mesej diterima apda 28/12/10: 10.51am dari nomor 02-3736***

Bagi saya ada ugutan sedikit dalam sms ini, saya faham jika nama akan dihantar kepada bank negera kerana itu prosedur yang semua orang sedia maklum, dan kebanyakkan kita memang tidak mahu ini terjadi kerana kita akan mendapat kesukaran untuk membuat sebarang pinjaman lain dari mana-mana bank kerana nama kita akan masuk dalam system CCRIS.  Tapi yang berkenaan dengan agensi pungutan hutang semalaysia tue. saya pun tidak tahu sebab menjadi kebiasaan kita tidak membaca secara detail T&C. tapi bila baca sepintas lalu, tidak ada pulak perkataan PEMUNGUTAN HUTANG SEMALAYSIA  ni.  Agak gerun jugak ler, sebab orang-orang dari agensi seperti ini akan dating mencari anda dengan agak kasar.  Saya sendiri baru tahu sebuah bank akan mengupah agensi untuk memungut hutang ini. Lebih kurang along ler yang menggunakan samseng kan.
Tujuan utama saya menulis entry ini adalah untuk menasihati mereka-mereka yang ada perancangan nak dapatkan kad kredit, jika anda rasa mampu untuk membayarnya anda juga perlu fikirkan berapakah yang anda mampu bayar untuk tiap2 bulan kerana dengan interest 18% per annum, kad kredit adalah satu hutang yang paling tinggi interest dari segala macam loan yang disediakan oleh bank
Jangan biarkan diri anda terperangkap dengan kecantikan luaran kad ini, kerana dalaman kad ini begitu memeritkan dan menyeksakan.  Gunalah tunai atau pun debit kad untuk berbelanja. Cukup-cukup lah kita mengkayakan bank-bank yang sudah sedia kaya dengan wang simpanan kita semua. FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNG-RENUNGKAN LAH HAL INI. JANGAN ANDA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG BERHUTANG KREDIT KAD INI KERANA BEGITU SUKAR UNTUK MELEPASKAN DIRI SEPERTI YANG SAYA ALAMI SEKARANG INI.

P/s- ada yang saya tulis dalam BI tue adalah untuk improve my English...memang ada broken ler...hehehehe

4 comments:

  1. Salam saudara,
    saya pun hadapi masalah samseng bank ni..ingatkan saya je skt hati ngan debt collector yg mcm samseng tu rupanya ramai lagi yg dah kne bila sy surf kt google
    ini my experiece wif bank islam,hutang saya taklah banyak mana pun dalam 2k,sejak sy diberhentikan keje dr sebuah bank 3mths ago,sy memg menghadapi masalah kewangan yg teruk,mkn pun totally hrpkan suami,mcm manala sy mampu nk byr,sy tgh pregnant jd agak susah nk cr job baru buat masa ni.tp masih tak putus asa sbb pcaya rezki Allah tentukan.
    sy dh byk kali terima sms sejak seulan yg lalu tp abaikan je sbb tak dpt apa2 letter pun dr bank islam melainkan statement.sy dh nekad,xpelah sy rela msk court untuk bicara sbb sy tau nanti sy boleh buat rayuan.smlm samseng kutip hutang ni call mengaku dr bank islam paksa,perli n marah2 sy utk buat payment RM1680 b4 3pm.then ugut kalau tak buat pyment mereka nk dtg rumah untuk sita brg2,sy pun panik trus call suami d tempat keje,suami call then try nego,jwpn tetap sama.suami suruh bertenang n suruh sy pegi branch bdekatan n tny status.
    sy pun pegi ke branch melawati,surprisingly,officer kt situ kata hari ni je dh byk aduan ttg debt collector yg mcm samseng tu.dia advice utk sy pegi ke pusat kad n buat aduan.lps tu br sy lega,knapela sy tak terpk.bkn senang org nk dtg sita dsbg,perlu ada surat dr mahkamah etc,padahal sy tau prosedur ni sbb sy pnah jd banker,nasihat sy jgn panik sbb kita ada hak,sy tau sy berhutang dan sy memg nk selesaikan semua hutang tu,tp tak perlulah ugut dan berlagak samseng,ikutlah channel yg betul..sy berazam lpas dpt judgement nanti sy akn cr duit n buat full settlement trus n tobat nk deal dengan bank islam lagi..

    ReplyDelete
  2. ya.....samseng ni nka duit je...tp kalu nk bayr jng byr dkt dorg...byr kat bank.nak sita2 tue gertak je....ngat nk sita senang ke...kene lalu mahkahmah dulu....yg penting kite kene call bank an nego repayment....dorg terima je tue. yang penting bank nie nka duit dorg je balik....

    ReplyDelete
  3. saya menerima nasib yang sama dan debt collector b.islam yang kurang ajar telah menghubungi pej pendidkan daerah..sengaja nak memalukan saya...mgkin itu cara dia nk dapatkan duit..sy dimaklumkan oleh bahagian recovery sekiranya saya dapat bayar penuh dia akan dapat 18% dari jumlah hutang kita. tetapi dia silap percaturan sy akn buat aduan ke bank negara

    ReplyDelete
  4. Buat apa nak marah mereka dgn apa yang telah dibuat kepada anda.mereka pun bekerja cari mkn.dah Tu keje dia nak buat camne.yang korang pegi pakai kad Tu kenapa pakai ribu2 pastu Ada masalah tak boleh Bayar salahkan bank.tu la ko bangang sgt..org etika pakai kredit ni utk kecemasan sj.yg ko nk beli kfc Tu pun nk swep pkai kad.mende? Tu sbb la bila nk belanja beringat.ape2 pun Cuba la selesai masalah dgn berkhemah jgn nk cr salah org lain.cr program cth akpk.pastu memalam ko tepek kad Tu Kat dahi masa nk tido.

    ReplyDelete

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...