Sunday, January 2, 2011

Apapun boleh jadi wang......yg penting rajin berusaha dan tidak malu


SPOKANE, Washington - Satu pasangan Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja saling cintai menyintai antara satu sama lain.

Malah, Andrea Parrish dan Peter Geyer turut menyintai alam sekitar apabila kedua-duanya sanggup mengutip tin aluminium untuk dijual bagi membiayai majlis perkahwinan mereka.

Pasangan itu kini menyimpan lebih 18,000 tin aluminium di kediaman mereka di sini.

Jumlah itu hampir lima peratus daripada sasaran mereka iaitu 400,000 tin.

Akhbar Spokesman-Review melaporkan bahawa jumlah tersebut sama dengan kira-kira lima tan aluminium dan bernilai kira-kira AS$3,800 (RM12,834) apabila dikitar semula.

Parrish dan Geyer berharap cita-cita untuk mengumpulkan jumlah tin itu akan tercapai menjelang tarikh perkahwinan mereka pada 31 Julai depan.

Pasangan itu turut menyediakan laman web di Internet, weddingcans.com untuk memberitahu rancangan mereka kepada orang ramai. - AP


Bila baca berita tersebut yang pernah disiarkan dalam akhbar perdana kita.  Saya tefikir alangkah bagusnya kalau saya jugak mula untuk mengumpul tin2 yang bersepah-sepah sekarang ini.  Memang tidak dinafikan terdapat ramai orang diluar sana yang memungut dan mengupul tin2 ini. tapi tin yang tidak di pungut masih lagi banyak di tempat pembuangan sampah disekeliling kita.

azam tahun baru saya mungn agak low class sedikit kerana saya ingin menjadikan memungut tin ini sebagai satu dari pendapatan sampingan saya. mungkin saya tidak lah hardcore seperti orang lain apabila memungut tin ini.  tapi adalah lebh baik memulakannya dari langsung tidak mengambil langkah pertama.

apa pendapat kawan-kawan di luar sana.........

No comments:

Post a Comment

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...