Sunday, January 23, 2011

Berblog jangan kerana Duit

Mesti ramai kawan-kawan luar sana yang begitu bersemangat untuk menjana pendapatan dari blog, lebih-lebih lagi kalau dah baca Berita Harian 24/1/2011 yang yang memberitakan bahawa blogger mampu jana pendapatan RM 1 juta.  Wow......terbeliak juga ler mataku ini.
Cuma disini ada nasihat dari sy yang masih newbie kepada newbie.....Mesti susah nak percaya kan newbie beri nasihat kepada newbie.  Pengalaman saya sebagai newbie saya kongsikan.
Saya nak berblogging nie kerana saya selalu mendapat post or email yang si polan bin si anu telah menjana pendapatan beribu-ribu hanya dari internet/blog.  saya yang agak kesempitan wang pun tertarik dan setelah agak faham bagaimana proses menjana pendapatan ini dilakukan. Saya pun start ler berblog dengan blog pertama saya ini.  Saya update hari-hari tidak kira entry saya tulis sendiri ataupun copy and paste(Kalau guna kaedah ini, pastikan anda nyatakan sumber/kredit kepada pemilik entry bagi melihatkan anda adalah bertanggungjawab. jangan mengaku anda punya entry walhal anda copy dari blog lain)
Saya pun letakkan ler iklan Advertlets and nuffnang.  punya ler ckit duit masuk,,ciput pulak tue....nk beli teh o ais pun xcukup. rajin bertanya dan celok-celok post kat internet yang berlambak ini, Saya pun tumpuhkan kepada Nuffnang je. Kerana nuffnang xnak kongsi ngan pengiklan lain.  Pulus yang masuk pun masih ciput lagi....saya dah fed up nak blogging, tapi saya terus follow blog-blog yang menceritakan tentang nuffnang dan cara menjana pendapatan.   Setelah seketika, saya pun mengubah persepsi saya tentang menjana pendapatan ini.. Saya tidak lagi menjadikan blog sebagai tempat untuk menjana pendapatan tapi sebagai satu medium untuk saya menjana pendapatan sampingan yang kalau saya dapat, saya akan puas hati tapi kalau saya tak dapat jana, saya akan terus update blog saya dan membiarkan iklan-iklan saya terus berfungsi.  Bila saya setkan mind untuk tidak mengharapkan income dari blog nie, idea untuk tulis/update blog senang nak mari pulak.....hehehehehehe........
Pesan saya, Jangan jadikan blog anda sebagai penjana pendapatan tapi biarkan ia sebagai tempat untuk anda mendapatkan pendapatan sampingan.  Kalau anda terus mengharapkan income beratus-ratus masuk melalui blog anda, tapi yang masuk hanya beberapa sen saja, anda akan mudah putus asa dan akhirnya blog anda akan static tanpa new update....BERBLOGLAH KERANA ANDA SUKA BLOGGING........hehehehe.  newbie jangan marah, kerana saya pun newbie...

No comments:

Post a Comment

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...