Saya tulis entry ni saja nak kongsi pendapat dengan anda. Kalau anda ada menonton MHI pagi tadi yang dihoskan oleh Elly Iskandar dan M.Zul, mereka ada mengatakan bahawa adalah perlu untuk menghormati mereka yang terlibat/terkorban dalam kemalangan dengan tidak menyebarkan gambar-gambar mereka yang terkorban ni. Betul jugak kata mereka tue, kita perlu menghormati si mati dengan tidak menyebarluaskan gambar2 mereka, disamping itu, ia juga untuk menghormati dan menjaga hati keluarga yang terkorban ini. kesedihan mereka bukan kita yang tanggung dan kalau boleh mereka ini melupakan tregedi ini...pendapat kawan-kawan macam mana?
gambar dibawah ini bukan mengaibkan kerana saya hanya tunjukkan keadaa bas yang terlibat kemalangan sebagai peringatan supaya BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT.
Gambar yang mengandungi mayat saya tidak display kerana untuk menghormati si mati. Kalau anda masih ingit kemalangan ini yang berlaku di KM224 dulu. Menggemparkan seluruh negara juga ini....inilah yang terjadi jika kita tidak berhati-hati dijalan raya.
No comments:
Post a Comment