Adakah dengan memberikan publisiti seperti ini akan mengangkat populariti artis itu, yalah, kalau saham naik, offer akan datang melimpah-limpah....perlukan menggadaikan diri dan agama untuk kepuasan dan kepopularan yang hanya bertahan seketika.
Tapi kalau difikirkan lah.....artis yang berubah menjadi lebih baik, yang ambil langkah untuk bertudung,maksud saya. Sentiasa dipersoalkan, memang ada artis yang bertudung, pastu buka balik, yang lagi teruk tue ada yang dah pergi ke Tanah Suci tapi bila balik, rambut tetap tayang, ada yang biasa seksi,terus seksi walaupun bergelar hajjah......cuba korang layan gambar-gambar artis kat bawah nie, mungkin ada yang hanya memenuhi watak dalam drama atau filem...tapi kan lawa tue bila bertudung, artis yang bukan Islam pun ada.
Farah yang dikenali melalui AF dulu bila pakai tudung lagi cantik pada pandangan saya.
Korang kenal tak pelakon ni, Adeline Tsen, saya kenal dia melalui drama Hotel Mania, memang sedap mata memandang bila dia bertudung walaupun bukan Islam.
Adira AF8. popular dengan lagu KU ADA KAMU. Nampak macam biasa ler kan...tapi kalau di touch up sikit2 mesti cun gila nie..
Catriona Ross, salah seorang pelakon yang popular, minat juga dengan lakonan dia nie, pernah kemalangan teruk tapi terselamat, pastu dia pakai tudung, lagi manis di pandang mata.
Julia Ziegler, Lisa Surihani, Chermaine Foo dan Linda Hashim, Walaupun diorang ni bertudung untuk memenuhi watak dalam drama Tudung Express, kalau diorang teruskan untuk bertudung pun tetap cantik dan berkarisma apa.
Lisa Surihani, tidak pakai tudung memang cantik, tapi bila dah pakai tudung, lagi cantik dan manis...sesuai sangat dijadikan menantu...sapa setuju?
Liza hanim....Penyanyi yang punya suara power,malah pernah menang anugerah Vokal terbaik AJL lagi. Bila pakai tudung kan lagi manis, sesuai sangat dengan gelaran sebagai ibu dan isteri mithali.
Ramai yang menanggap dia ni gagal sebagai pengacara Nona, tapi tu hal lain, yang saya nak tunjukkan ialah betapa manis dan berserinya dia ni kalau memang teruskan pakai tudung. sapa tak kenal Maya Karin
Artis otai nie...Penyanyi yang memang top waktu zaman kegemilangannya dengan lagu ku kunci hatiku....
Ramlah Ram mungkin bukan muda seperti artis2 baru sekarang nie, tapi bila tengok dia pakai tudung, sayu hati ini kerana kecantikan Ramlah Ram bertambah2 bila sudah pakai tudung ni. Memang sedap mata memandang.
No comments:
Post a Comment