Thursday, January 6, 2011

Refresh ingatan balik


Keratan-keratan akhbar dibawah mungkin sudah dianggap lapuk oleh sesetengah dari kita terutama yang beragama Islam.  Harap-harap post semula ini akan kejutkan kita balik untuk berhati-hati dengan mereka yang hanya mencari keuntungan semata-mata

Kata kawan saya:  Seorang muslim yang berusia 40 tahun sekarang ini, mungkin telah makan seekor babi secara syubhah...........







PENJELASAN MENGENAI PERATURAN PENGGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA

Pelanggan yang dihormati,

PENJELASAN MENGENAI PERATURAN PENGGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa bermula pada bulan Ogos 2009, JAKIM telah menetapkan bahawa logo halal Malaysia hendaklah dicetak pada label produk berserta dengan nombor rujukan MS dan 10 digit terakhir no. rujukan permohonan seperti contoh yang ditunjukkan.
Tujuan peraturan ini ialah untuk:
  1. memenuhi keperluan ISO IEC/Guide 65;
  2. mengawal penyalahgunaan logo halal pada produk yang telah  disahkan halal oleh JAKIM/JAIN; dan 
  3. memudahkan pihak pengguna untuk membuat semakan halal sesuatu produk berdasarkan nombor  rujukan pemohon.
Bagi menguatkuasakan peraturan ini, semua pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia diberi tempoh sehingga 30 Jun 2011 untuk melaksanakan peraturan tersebut. Sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan ini selepas tempoh tersebut boleh menyebabkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia digantung atau ditarik balik oleh JAKIM/JAIN.

Sekian, terima kasih.

SAIMAH BINTI MUKHTAR
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


CONTOH LOGO DENGAN NO. MS DAN NO. RUJUKAN 

Senarai nombor rujukan MS:
1. MS 1500:2009  -  makanan halal 
2. MS 2200 Part 1:2008 - kosmetik dan dandanan diri
3. MS 2400-1:2010 (P) - pengangkutan dan kargo 
4. MS 2400-2:2010 (P) - perkhidmatan pergudangan 
5. MS 2400-3:2010 (P) - peruncitan

No comments:

Post a Comment

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...