Thursday, February 24, 2011

Mutiara sabah

Bila disebut tentang negeri Sabah, Ramai diantara kita yang akan terbayangkan Gunung Kinabalu.  Sebenarnya selain daripada itu, sabah jugak terkenal dengan Mutiaranya. Apa yang menarik tentang mutiara sabah ini.  saya hanya boleh katakan 2 ciri:

1. Asli
2. Murah.

Saya teringin nak berkongsi tentang mutiara sabah ini
apabila saya terbaca artikel tentang mutiara ini dalah sebuah akhbar tempatan Sabah (Sabah Times) bertarikh 24 Feb 2011 seperti di bawah ini.



Saya tidak nafikan memang ramai wanita Semenanjung yang menggilai Mutiara ini, kenapa saya berkata sedemikian, kerana saya sendiri pernah menjadi penjual mutiara ini secara sambilan sewaktu berkerja di semenanjung dulu.  Boleh lah dapat 4 angka kalau di kumpul semuanya, tapi biasa ler, bila kita menjual dikalangan kawan-kawan sekerja, semua bayar ansuran. hehehe.  Kalau kawan-kawan nak saya belikan lagi, just inform me. Pasar Pilipin tempat menjual mutiara ini hanyalah beberapa langkah dari tempat kerja saya.

Bagi mereka yang tidak mengetahui bagaimana mutiara dan kristal ini, layan gambar-gambar di bawah ini yang banyak berlegar-legar di internet kalau rajin mencari. Saya masih ingin menjadi penjual mutiara dan kristal ini secara sambilan. Sapa-sapa nak order, ler inform saya..










No comments:

Post a Comment

Tinta usang: Styna Selatan

Tinta usang: Styna Selatan : Ku ingin bercerita tapi keindahannya alam ciptaanNya membuatkan aku terkelu lidah. ...