Monday, May 21, 2012

Hari-hari

Hari-hari aku begini, runsing dengan masalah yang orang lain pun ada masalah sama.
Hidup tidak lagi ceria, tiada keghairahan untuk menikmati setiap saat yang mendatang.
Penat sebenarnya dengan keadaan ini, tapi mungkin aku tergolong dalam golongan yang tidak berani berubah.
Aku ingin ceria, bergelak ketawa ngan famili, anak bini, kawan-kawan dan mereka yang ada disekelilingku.

Rutin harian yang membosankan. Bangun pagi hanya untuk bersiap pergi ke tempat kerja.
Petang balik rumah dengan badan lesu dan penat. Kerja tidak berkembang kearah yang baik
walaupun tetap ada pujian untuk kerja yang aku lakukan yang mendapat "ok lah" dari bos.

aku ingin berubah bukan hanya untuk diriku saja. Aku ingin berubah untuk anak-anak ku yang kian membesar
Aku ingin berubah untuk isteriku yang telah lama memendam rasa untuk bergurau senda dengan ku setiap hari tapi ada tekanan perasaan dan emo.

Esok ku harap menjadi lebih baik hari ini kerana kelmarin sudah pun menjadi sejarah....


next time ye










No comments:

Post a Comment

Tak bergerak pun

Setiap hari kau melihat peluang, kau melihat itu dan ini yang boleh membantu kau tapi kamu masih seperti kelmarin. Idea dan ilmu(walaupun...