Monday, July 16, 2012

Hilang

Kes kehilangan sejak kebelakangan ini agak membimbangkan kan??? pada 2011, sebanyak 1097 gadis hilang dan hanya 406 ditemui kembali(sumber Utusan online). Tapi yang ingin saya tekankan di sini, bukan kehilangan anak gadis sahaja.  Dalam beberapa minggu ini, beberapa orang kawan FB saya 'share' beberapa maklumat tentang orang hilang, dari anak gadis sehinggalah kanak-kanak lelaki.

Adakah ini telah menjadi trend. Adakah masyarakat kita cukup prihatin untuk menilai dan mencongak kenapa kes-kes ini berlaku. Kita sering diuar-urakan dengan iklan, pemberitahuan dan pengumaman tentang kes-kes ini dan bagaiman mencegahnya. Adakah semua ini hanya masuk telinga kanan keluar teliga kiri. Atau adakah masyarakat kita telah mencipta satu perspesi yang 'bila kena batang idung sendiri baru nak bertindak'. bukankah itu sudah terlambat.

Mungkin ada kes kehilangan ini tidak melibatkan jenayah, tapi sekiranya kes ini melibatkan jenayah. Bukankah seolah-olah kes orang hilang ini terlalu mudah berlaku.

beberapa pemberitahuan orang hilang yang saya terima di FB.  harap-harap mereka telah ditemui dan begitu juga dengan kes-kes lain. Betapa luruhnya hati keluarga apabila ada ahli keluarga yang hilang tanpa mengetahui apakah nasib mereka itu.  BERSAMA KITA MENCEGAH PERKARA INI DARI BERLAKU.




No comments:

Post a Comment

Tak bergerak pun

Setiap hari kau melihat peluang, kau melihat itu dan ini yang boleh membantu kau tapi kamu masih seperti kelmarin. Idea dan ilmu(walaupun...