Tuesday, July 17, 2012

Puasa

Salam saudaraku,

Tinggal beberapa hari je lagi nak puasa dah. Rasa baru je kita sambut Hari Raya hari tue kan. Sekarang dah nak puasa lagi. Benarlah Firman Allah, Masa di akhir zaman ini akan berlalu dengan pantas dan ia adalah salah satu tanda kecil hari pengakhiran dunia ini.

Yang belum ganti puasa hutang tahun lepas tue, sekarangnya berebut2 nak ganti. Kadang tu ada yang tak terganti pun.  Lalainya kita, Bukan nak kata ngan orang lain je, ini untuk renungan diri sendiri juga.hehehe.

Apabila manusia mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di bulan Ramadhan ini, manusia akan sentiasa menantikan kedatangannya dan akan menangisi pemergiannya. Besarnya rahmat ramadhan ini.  Tapi adakah kita menghargainya.


ok lah...selamat berpuasa bagi semua dan harap2 puasa bulan ini berjaya dengan jaya dari segi rohani dan jasmani. jangan puasa je tapi tak solat. kalau tak solat, puasa pun entah ke mana kan?????

Sekadar gambar hiasan untuk anda


Salam ramadhan semua.

No comments:

Post a Comment

Tinta usang: Styna Selatan

Tinta usang: Styna Selatan : Ku ingin bercerita tapi keindahannya alam ciptaanNya membuatkan aku terkelu lidah. ...