Thursday, September 6, 2012

Berdengkur

Bila baca tajuk di atas, ada sedikit rasa lucu. Berdengkur bagi kebanyakkan kita adalah perkara lumrah dan dianggap agak remeh. Tapi sebenarnya berdengkur adalah satu "masalah' tidur.Ini adalah kerana berdengkur boleh membawa kepada masalah Diabetes, Tekanan Darah Tinggi, Strok dan serangan Jantung.

Apabila saya mengetahui fakta ini, saya menjadi risau, ini kerana saya adalah salah seorang di kalangan kita yang menghadapi masalah berdengkur ini, Seingat saya masalah berdengkur saya kian parah setelah berkahwin dan apabila saya makin kurang melakukan senaman. Istri yang selama ini tidak beberapa kesah dengan dengkuran mula kian kurang selesa kerana dia mengganggap masalah dengkur saya kian besar dan bunyi dengkuran kian kuat. hehehehe.

Terdapat beberapa cara mengurangkan masalah dengkur ini yang mana antaranya mengurangkan berat badan dan cuba untuk tidur mengiring. Bila nak kurangkan berat badan, so saya kena sentiasa bersenamlah kan.
Dan mungkin juga masalah yang saya hadapi ini disebabkan saya seolah-olah bernafas lebih dengan menggunakan mulut dan bukan hidung.  masalah nie.huhuhuhuhuh


Next time ye..


No comments:

Post a Comment

Tinta usang: Styna Selatan

Tinta usang: Styna Selatan : Ku ingin bercerita tapi keindahannya alam ciptaanNya membuatkan aku terkelu lidah. ...