Tuesday, January 25, 2011

Guru Buas

Salam kawan-kawan,
Mesti ada yang sudah baca Metro bertarikh 24/1/2011 yang memaparkan kisah seorang guru yang buaskan.   Tinggal anak dirumah,mungkin kena dera ngan ahli keluarga, Tinggal anak di pusat asuhan kanak-kanak, ada yang kena dera ngan pengasuh, hantar anak ke Sekolah, ada guru yang bertindak buas macam yang saya nak kongsikan ini.
Kota Bharu: 'Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa yang berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual'. kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


Hakim menyatakan sedemikan sejurus menjatuhkan hukuman 12 tahun kepada seorang guru sekolah rendah kerana merogol anak muridnya 12 tahun pada 2006. Tertuduh Mohd Saidi Che Tengah,45 yang mempunyai lapan anak didakwa mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika disabitkan bersalah.


So...ibu-ibu bapak bapak, tolong aku............


Mengapa semua ini terjadi, mereka yang sepatutnya memberikan ilmu, telah mengkianati anak-anak bangsa yang baru nak mengenal hidup,  Saya tidak mengatakan semua guru seperti ini, tapi kerana orang-orang seperti inilah, nama GURU itu telah rosak binasa...fikirkan........................ 

1 comment:

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...