Salam,
Bila dengar berita tentang seorang bayi ditikam bertubi-tubi, terkedu saya dengan istri saya. kenapa seorang ibu sanggup melakukan perkara sedemikian. Adakah kerana tekanan perasaan atau sudah melupakan agama demi menjaga air muka. Kalau sudah terlanjur, bertaubatlah dan memohon keampunan dari Allah, anak yang sudah dikandung, peliharalah dengan rasa syukur.
kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan menikam bayi anda sehingga mati.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan menggugurkan kandungan anda untuk mematikan bayi itu.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan membuang bayi anda ketempat pembuangan sampah.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan menanam bayi anda hanya untuk menutup aib anda.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan membakar bayi anda untuk menutup kesan anda.
Kalau anda seorang wanita/ibu - Adakah anda akan meninggalkan anak anda di tempat awam.
SHAH ALAM 25 Jan. – Mayat seorang bayi perempuan yang baru lahir ditikam bertubi-tubi di badan, dimasukkan dalam beg kain sebelum disumbat dalam baldi di dalam tandas di sebuah rumah panjang Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini hari ini.
Ibu bayi malang itu, seorang warga Myanmar berusia awal 20-an yang merupakan suspek kejadian ditahan bagi membantu siasatan.
Mayat bayi malang itu ditemui sepasukan polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari selepas mendapat maklumat daripada orang awam. – Utusan
Gambar dibawah ini untuk ikhtibar jika kita ambil ikhtibar.......
No comments:
Post a Comment