Thursday, January 6, 2011

Refresh ingatan balik


Keratan-keratan akhbar dibawah mungkin sudah dianggap lapuk oleh sesetengah dari kita terutama yang beragama Islam.  Harap-harap post semula ini akan kejutkan kita balik untuk berhati-hati dengan mereka yang hanya mencari keuntungan semata-mata

Kata kawan saya:  Seorang muslim yang berusia 40 tahun sekarang ini, mungkin telah makan seekor babi secara syubhah...........







PENJELASAN MENGENAI PERATURAN PENGGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA

Pelanggan yang dihormati,

PENJELASAN MENGENAI PERATURAN PENGGUNAAN LOGO HALAL MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa bermula pada bulan Ogos 2009, JAKIM telah menetapkan bahawa logo halal Malaysia hendaklah dicetak pada label produk berserta dengan nombor rujukan MS dan 10 digit terakhir no. rujukan permohonan seperti contoh yang ditunjukkan.
Tujuan peraturan ini ialah untuk:
  1. memenuhi keperluan ISO IEC/Guide 65;
  2. mengawal penyalahgunaan logo halal pada produk yang telah  disahkan halal oleh JAKIM/JAIN; dan 
  3. memudahkan pihak pengguna untuk membuat semakan halal sesuatu produk berdasarkan nombor  rujukan pemohon.
Bagi menguatkuasakan peraturan ini, semua pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia diberi tempoh sehingga 30 Jun 2011 untuk melaksanakan peraturan tersebut. Sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan ini selepas tempoh tersebut boleh menyebabkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia digantung atau ditarik balik oleh JAKIM/JAIN.

Sekian, terima kasih.

SAIMAH BINTI MUKHTAR
b.p Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


CONTOH LOGO DENGAN NO. MS DAN NO. RUJUKAN 

Senarai nombor rujukan MS:
1. MS 1500:2009  -  makanan halal 
2. MS 2200 Part 1:2008 - kosmetik dan dandanan diri
3. MS 2400-1:2010 (P) - pengangkutan dan kargo 
4. MS 2400-2:2010 (P) - perkhidmatan pergudangan 
5. MS 2400-3:2010 (P) - peruncitan

jangan ler berbangga sangat

''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana,
  Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus.

'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana,
   Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung.

'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana,
   Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur.

'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana,
   Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga.

Thank you: Ct Rosma

Tuesday, January 4, 2011

Logo halal yang diharamkan


Kita mesti bijak dan sentiasa memerhatikan logo-logo halal dipasaran sekarang ini.
Jangan lagi kita dipermainkan oleh mereka yang hanya mengejar keuntungan sehingga tidak peka dengan sensitiviti masyarakat Islam

Bunga Mawar Di Langit

SALAM SEMUA, 

Mawar merah
  di langit..tanda kiamat hampir 

Subhanallah 
....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...


AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! 
GAMBAR INI DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. 
TERDAPAT OBJEK DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN 
YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN
LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM.........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH
LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***

AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT 
KETIKA HAMPIR KIAMAT BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA
KEDUNIAAN....................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN
AKHIRAT.................. DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN.... 


Kredit: Ct Rosma







Wassalam... 

 tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Hitler oh Hitler......macam-macam orang buat

Korang layan ler video2 dekat bawah nie....boleh juga hilangkan tension ni.

Hari jadi Hilter....hehehehe



Hitler marah maxis broadband


Hitler nak roti canai...huhuhhu


Marah ngan Proton Inspira....kihkihkih.....

Hitler geram ngan kelajuan streamyx


Sumber :Youtube

Monday, January 3, 2011

Masa gempa bumi dan ayat Al-Quran

Assalammualaikum


Tentu kita semua masih ingat tentang gempa bumi yang melanda indonesia.  Saya nak kongsikan sedikit maklumat untuk perhatian dan renungan kita semua.  Kalau sumber dan maklumat ini salah, harap betulkan...sekian






dh cek 
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16)
 
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58)
 
8.52 (QS. Al Anfaal: 52)
 

mmg btul ada ayat2 nie
 

wallahualam....
 

MasyaAllah

 

  

 

Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad
 
Salamun 'alaikum
 


“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16):
 “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
 


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “
Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
 


8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
 (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim 


 

Hospital Kerajaan

Assalammualaikum.....
Bila anda baca tajuk post nie, jangan ler terkejut ya.  Saya cuma mau kongsi pengalaman dengan anda semua tentang apa yang berlaku kepada isteri dan anak saya yang saya bawa ke hospital kerajaan baru-baru ini.
ceritanya begini,
Istri saya mengadu sakit cirit birit dan saya bawa dia ke hospital kerajaan di daerah istri saya, pada 31/12/10 untuk mendapat rawatan, Pembantu Perubatan yang memeriksa isteri saya kerana sudah jadi kebiasaan apabila anda ke hospital kerajaan memang sukar berjumpa doktor.  Dia membuat pemeriksaan agak lama juga keatas isteri saya dan dia mengatakan istri saya mungkin terkena jangkitan kuman. Dia pun beri ler berberapa jenis ubat dan juga air garam. tapi isteri saya tidak sembuh jugak malah anak sulung saya turut sakit. Saya pun bawa mereka sekali lagi ke hospital yang berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada 2/1/2011.  kali ini hanya pemeriksaan yang begitu simple dan hanya beberapa minit je. Dah menunggu lama walaupun pesakit pada waktu itu hanya 4 orang termasuk isteri saya.  Siap boleh buat marathon keliling hospital lagi, itupun tak kena panggil lagi.  Dia hanya cakap masuk angin dan beri air garam yang sama jugak.. ORS tue. begitu juga anak saya.
Hari ini 4/1/2011, sakit anak saya bertambah teruk pulak, isteri saya masih sakit-sakit lagi tapi dia nak bawa jugak anak jumpa doktor kerana anak kecil manalah tahan dengan sakit berbanding orang besar, antibodi pun bukan kuat sangat nak lawan penyakit macam orang dewasa.  Kali ini bawa ke klinik kesihatan kawasan di daerah yang berhampiran jugak.  Apabila isteri saya berjumpa doktor dan menerangkan sakit yang dia alami ngan anak saya, doktor buat pemeriksaan dan dia mengatakan bahawa istri saya mendapat rawatan yang salah. Astagfirullahalazim.....setelah mendapat rawatan doktor,  istri saya pun disuruh mengambil ubat di farmasi dan ketika nak dapatkan ubat tue, istri saya agak was-was dengan ubat yang diberikan. Dia pun bertanya adakah ubat yang diberikan itu tidak mempengaruhi penyusuan anak-anak kerana kedua-dua anak saya masih breastfeeding.  Pekerja berkenaan pun tidak tahu nak jawab apa dan dia kata dia nak rujuk kepada doktor terlebih dahulu.
 Alangkah terkejutnya isteri saya kerana ubat yang diberikan oleh pekerja farmasi berkenaan adalah salah.  nasib isteri saya bertanya dulu sebelum mengambil ubat-ubatan berkenaan.  Sudah tentu doktor itu marah kerana ubat yang dibekalkan adalah salah dan ia boleh membahayakan anak-anak kerana mereka masih menyusu dengan ibu mereka.  Kenapa semua ini terjadi, adakah ubat-ubat yang kita perolehi dari klinik kerajaan adalah ubat yang sepatutnya.
 selepas ini, lebih-lebih lagi ibu-ibu yang menyusukan anak-anak, pastikan ubat yang anda perolehi benar-bnar ubat yang boleh anda makan or minum kerana ubat yang telah masuk ke dalam badan anda akan turut diambil oleh anak anda melalui proses penyusuan, bayangkan jika ubat adalah salah dan masuk ke badan anak-anak anda, bukankah risikonya begitu besar kepada anak-anak kecil yang tidak tahu apa.  Dan lebih parah lagi anak-anak kita mengalami kesakitan atas kesilapan orang lain. fikir-fikirkan.  Ubat yang diperolehi oleh anak saya dari hospital pertama tadi diarahkan oleh doktor yang merawat tadi untuk dibuang kerana ia tidak sesuai untuk dimakan oleh anak kecil...........kenapa mereka bagi ubat sedangkan anak kecil sepatutnya tidak mampu untuk mengambil ubat-ubatan atas ketidak upayaan mereka mencerna ubat-ubat ini yang kebanyakkannya mengandungi dadah.  Tidakkah Pembantu Perubatan yang dilantik mengetahui semua ini.  Inilah pengajaran pertama dan paling berharga untuk keluarga saya pada tahun 2011 ini.  Jangan hanya kerana ingin membayar murah RM1 kita tidak berhati-hati dengan ubat yang mungkin tersilap diberikan kepada kita oleh pekerja farmasi di klinik2 kerajaan.
NASIHAT SAYA KEPADA DIRI SAYA DAN SEMUA KAWAN-KAWAN DI LUAR SANA, PASTIKAN ANDA BERTANYA DULU TENTANG UBAT-UBAT YANG DIBEKALKAN KEPADA ANDA UNTUK MENGELAKKAN ANDA DAN ANAK ANDA PENDAPAT UBAT YANG SALAH.

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...

selamat tahun baru semua

Jadikan diri kita menjadi lebih baik hari ke hari- (Part 1)

1.  Dekatkan diri dengan Allah Bagaiman kita ingin hidup bahagian dan tenang di alam yang penuh dengan ragam jahat dengan baik ini jika...